awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/04/2020
07:55 MYT
PKP: Kontraktor G1 dan G2 boleh beroperasi, sambung kerja ubah suai rumah pelanggan
FADILLAH: Salah satu syarat kami ialah membenarkan kontraktor G1 dan G2 untuk beroperasi kerana ia adalah kecil dan tidak melibatkan ramai pekerja. - Foto Astro AWANI
Kontraktor kelas G1 dan G2 dibenarkan untuk beroperasi untuk menyambung kerja pengubah suaian (renovation) rumah pelanggan yang terpaksa diberhentikan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sebelum menyambung kerja-kerja pengubahsuaian yang terbengkalai, kontraktor tersebut perlu terlebih dahulu membuat permohonan untuk kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Kerja pengubahsuaian rumah biasanya dilaksanakan oleh kontraktor kelas G1 dan G2 yang bermaksud kontraktor kecil.
“Salah satu syarat kami ialah membenarkan kontraktor G1 dan G2 untuk beroperasi kerana ia adalah kecil dan tidak melibatkan ramai pekerja.
“Tetapi apa yang penting ialah mereka perlu membuat permohonan dengan MITI dan mendapatkan kelulusan. Selepas lulus, baru mereka boleh sambung kerja,” kata Fadillah pada sidang media mengenai prosedur operasi standard (SOP) pembinaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.
Katanya lagi, kontraktor tersebut juga perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19.
BACA: PKP: KKR tumpu tiga aspek dalam SOP sektor pembinaan - Fadillah
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#G1
#G2
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Kontraktor
#Menteri Kanan Infrastruktur
#MITI
#pengubah suaian
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan