awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP lanjut atau tidak bergantung kepada proses pemantauan kes

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
08/04/2020
10:54 MYT
PKP lanjut atau tidak bergantung kepada proses pemantauan kes
Status tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hanya akan diketahui dalam masa tempoh dua hari lagi. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Status tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya akan diketahui dalam masa tempoh dua hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Mengulas mengenai sama ada PKP akan diteruskan atau tidak, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya perlu meneliti data kes setiap negeri secara lebih terperinci terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat oleh Perdana Menteri dan jemaah Kabinet.
“Kami sedang mengikuti rapat perkembangan kes setiap hari, dari segi peningkatan kes-kes positif, dan juga perkembangan mengikut negeri-negeri, serta beberapa daerah.
“Sejauh mana yang kita lihat, tidak ada kenaikan mendadak dari segi kes-kes COVID-19 itu sendiri dan meskipun kini kita belum lagi berjaya dalam memerangi wabak ini dan kita juga belum lagi tewas dengan perjuangan ini.
“Yang lebih penting kini adalah untuk kita memantau secara terperinci dan akan mengemukakan beberapa cadangan terlebih dahulu," jelas beliau dalam sidang media, di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, segala tanggungjawab daripada pihak KKM hanya berdasarkan kepada fakta dan sains dan bukan berdasarkan kepada pendapat beliau secara peribadi.
“Kami kini memerlukan rangka kerja yang cekap dan kita juga telah melihat kepada laporan awal, tetapi kita masih memerlukan tempoh sehari dua.
“Bagi menganalisis keseluruhan data dan sebaik maklumat data sudah diperolehi, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) akan menyuarakan cadangan itu kepada Perdana Menteri dan barisan Kabinet," tambah Dr Noor Hisham lagi.
Namun begitu, kata beliau, segala keputusan sama ada tempoh PKP yang sepatutnya berakhir pada 14 April itu hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri dan Kabinet selepas mencapai kata sepakat.
BACA: COVID-19: Jumlah mangsa pulih atasi kes baharu, 2 kematian lagi direkodkan
BACA: COVID-19: KKM kesan sub-kluster baharu di Rembau
Topic Berkaitan
#COVID19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Noor Hisham Abdullah
#perintah kawalan pergerakan
#tempoh PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan