IPOH:Majlis akad nikah di Perak kini hanya dibenarkan di Pejabat Agama Islam Daerah selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini hingga 4 Feb.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Mohd Yusop Husin berkata Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakilnya hendaklah menyediakan sebuah bilik khas bagi menjalankan majlis akad nikah dan proses nyah kuman hendaklah dilakukan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.
"Majlis akad nikah yang dijalankan oleh jurunikah kariah berkenaan hendaklah dikawal selia oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah atau wakilnya," katanya dalam Arahan Tatacara Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Norma Baharu di Perak Versi 4.0 dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau berkata Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah bertanggungjawab memastikan perkara-perkara yang ditetapkan dipatuhi semasa majlis itu berlangsung.
"Perkara itu antaranya Rukun Nikah, membaca taklik selepas akad nikah, tiada berjabat tangan ketika lafaz ijab kabul dan menjaga jarak satu meter setiap orang yang hadir.
"Selain itu, tiada sebarang upacara lain seperti membatalkan air sembahyang, sarung cincin, bergambar dan lain-lain dilakukan. Individu perlu memakai penutup muka dan pencuci tangan untuk keperluan pihak terlibat," katanya.
Katanya, Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah hanya dibenarkan melaksanakan sebanyak 15 majlis akad nikah dalam sehari mengikut jadual masa yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah berkenaan dengan tempoh pelaksanaan tidak melebihi 30 minit.
Menurut Mohd Yusop, majlis boleh dihadiri oleh seorang jurunikah, dua saksi, seorang pengantin lelaki dan seorang pengantin perempuan, seorang wali daripada pihak perempuan, ibu bapa pengantin lelaki, ibu pengantin perempuan dan seorang jurugambar.
"Majlis hendaklah dibatalkan oleh Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah sekiranya Tatacara Versi 4.0 tidak dipatuhi atau ada arahan daripada Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Perak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 22 2021

Majlis boleh dihadiri oleh seorang jurunikah, dua saksi, seorang pengantin lelaki dan seorang pengantin perempuan, seorang wali daripada pihak perempuan, ibu bapa pengantin lelaki, ibu pengantin perempuan dan seorang jurugambar. - Gambar hiasan

AWANI Ringkas: Kelulusan daftar bersyarat tiga vaksin | KL sokong perdamaian di Myanmar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (7:00AM).

AWANI Ringkas: Petunjuk ekonomi negara mula catat pemulihan | Penggambaran, operasi pawagam dibenarkan 5 Mac
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (6:00AM).

Arab Saudi wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah haji tahun ini
Menteri Kesihatannya berkata ia merupakan antara syarat utama dikenakan kepada jemaah bagi mencegah jangkitan COVID-19.

Dua warga Pakistan ditahan, disyaki bunuh rakan senegara
Siasatan polis mendapati mangsa berhutang beberapa ribu ringgit dengan suspek.

Amerika Syarikat jangka semua warga dewasanya divaksin akhir Mei ini
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menjangkakan semua orang dewasa di negara itu akan menerima suntikan vaksin COVID-19 menjelang akhir Mei ini.

Texas tarik balik arahan pemakaian wajib pelitup muka
Gabenor Greg Abbot mengumumkan untuk menarik balik arahan pemakaian pelitup muka mandatori di Texas yang dilaksanakan susulan jangkitan pandemik COVID-19.

Kerajaan perlu berani adakan sidang Parlimen
Muhammad Fathi tidak menolak kemungkinan berlaku pergolakan politik jika sidang Parlimen dilaksanakan, namun percaya ia memberi ruang kepada proses demokrasi di negara ini.

NCIA bantu pekerja Silverstone yang akan diberhentikan
Program di bawah modal insan adalah untuk membantu pekerja berkenaan mendapat peluang pekerjaan dan nafas baharu dalam kehidupan mereka.

Polis Ipoh minta bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nurain Sarudin yang beralamat di Flat Buntong Harmoni.

Ketegangan perdagangan AS-China, COVID-19 tingkatkan eksport Malaysia - UOB
Cabaran masih wujud dalam memperkukuhkan hubungan pelaburan dan perdagangan Malaysia, melangkah ke hadapan.

Perak benarkan majlis nikah di dewan mulai Jumaat
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan hotel atau dewan komuniti serba guna, berkuat kuasa Jumaat ini.

Aktiviti pengajian agama, majlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Terengganu
Semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu adalah dibenarkan.

Majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dibenarkan bermula esok
Bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutan, hanya lima orang dibenarkan hadir.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

PKP: Majlis akad nikah di Perak hanya dibenarkan di pejabat agama
Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan majlis akad nikah dan proses nyah kuman hendaklah dilakukan mengikut keperluan.

Akad nikah dalam air pasang besar, walau mencabar tetap diteruskan!
Semoga pasangan ini dilimpahi rezeki, kesihatan, kebahagiaan dan rukun damai selalu!

PKPB Sabah: Majlis akad nikah dibenarkan di masjid
Ibadah di masjid dan surau di seluruh Sabah dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa serta-merta sehingga 20 Disember 2020.

PKPB Sabah: Majlis akad nikah dibenarkan di masjid - Masidi
Masidi turut memaklumkan kebenaran beroperasi bagi semua fasiliti perubatan tradisional dan komplimentari pengamal pengubatan Islam.

JAWI benarkan majlis akad nikah di semua masjid luar kawasan zon merah
Berkuat kuasa 1 Dis ini, majlis akad nikah boleh dilangsungkan di masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang tidak berada di kawasan zon merah.

COVID-19: Pengantin, rombongan mahu ke Pahang boleh dengan syarat...
Setiap bakal pengantin dan rombongan yang datang dari luar Pahang perlu mengemukakan keputusan ujian RTK-Ag COVID-19 yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum akad nikah.