Kementerian Pendidikan (KPM) disaran menyediakan panduan komprehensif, termasuk kepada ibu bapa, dalam membantu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pensyarah Kanan (Pendidikan Dewasa & Pendidikan Jarak Jauh), Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aira Abd Rahim berkata, penyediaan rancangan pengajaran misalnya, boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam memastikan keberkesanan sistem pembelajaran.
BACA: Pembelajaran alam maya: Ini solusi ketika berdepan COVID-19
Pada masa yang sama ujarnya, pelan penyampaian alternatif perlu dibentuk dengan segera berdasarkan zon, lokasi serta taburan sosio-ekonomi pelajar yang terlibat.
“Bagi rumah yang mempunyai kesediaan teknologi yang tinggi, kaedah secara atas talian boleh terus dilaksanakan di rumah.
“Kaedah penyampaian alternatif yang lain termasuk TV Pendidikan dan juga bahan bercetak yang dihantar terus kepada pelajar di alamat rumah masing-masing.
“Bagi ibu bapa pula, salah satu cara berkesan untuk melaksanakan pembelajaran di rumah adalah dengan membuat jadual pembelajaran setiap hari untuk diikuti oleh anak-anak.
“Eratkan hubungan anda dengan anak-anak dan guru-guru mereka kerana peranan guru pada masa ini adalah sebagai penghubung aktif dan juga sumber rujukan sekiranya ibu bapa memerlukan bantuan untuk mengajar anak-anak di rumah,” katanya kepada Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: PKP hampir sebulan kurangkan penularan COVID-19 - Muhyiddin
Mengulas lanjut, beliau berkata model bersesuaian yang diguna pakai oleh beberapa negara lain boleh dinilai dan diadaptasi mengikut fasiliti dan keperluan rakyat negara ini.
Bagaimanapun, kebanyakan negara tersebut turut berdepan isu jurang digital khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40).
“Kita juga perlu mengambil kira anak-anak yang ibu bapa mereka merupakan frontliners atau bekerja di sektor kritikal. Siapakah yang akan mengambil alih tugas mengajar anak-anak ini di rumah?
“Contohnya, di Netherlands mereka buka sekolah kepada anak-anak yang ibu bapanya bekerja di dalam perkhidmatan kritikal atau essential services.
“Mereka juga membuka beberapa pusat pendidikan yang mempunyai fasiliti komputer dan internet untuk digunakan oleh pelajar yang tiada akses kepada fasiliti tersebut.
"Kesemua ini dilaksanakan dengan mematuhi langkah-langkah pencegahan COVID-19,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata pelbagai aspek termasuk prasarana perlu dikaji semula dalam memastikan Malaysia benar-benar bersedia untuk melaksanakan PdP dari rumah.
BACA: Pembelajaran dari rumah sepanjang PKP
Jelasnya, berdasarkan tinjauan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), sebanyak 48 peratus pelajar di negara ini tidak mempunyai akses komputer di rumah untuk tujuan pembelajaran.
Manakala, 23 peratus atau dianggarkan 1.3 juta pelajar tidak mempunyai akses internet.
“Dalam laporan yang sama, hanya 50 peratus pengetua sekolah-sekolah di Malaysia berpandangan, guru-guru di Malaysia bersedia dan mempunyai masa yang mencukupi untuk mengintegrasikan penggunaan digital ke dalam PdP mereka.
“Jadi, setiap satu aspek ini perlu diteliti dan ditambahbaik sebelum kita boleh katakan yang kita telah benar-benar bersedia. Ia bergantung kepada cara penyampaian dan pelan pengajaran alternatif yang akan dibentuk dan disediakan kepada para pelajar,” katanya,
Pada Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP terpaksa dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 15 April hingga 28 April.
Susulan itu, Muhyiddin berkata beliau telah meminta KPM supaya melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah atau ‘ home based learning’ sepanjang tempoh PKP sehingga sekolah kembali dibuka.
Hasimi Muhamad
Fri Apr 10 2020

Pelbagai aspek termasuk prasarana perlu dikaji semula dalam memastikan Malaysia benar-benar bersedia untuk melaksanakan PdP dari rumah. - Gambar hiasan

Jenayah | Suami isteri ditemui mati dibunuh di rumah sendiri
Sepasang suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka di Taman Bercham Aman, Ipoh, pada pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Aidiladha | Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naik harga
Para peniaga diingatkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga ayam dan telur meskipun mendapat permintaan yang tinggi menjelang perayaan Aidiladha nanti. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu,Saharuddin Mohd Kia peniaga tidak mempunyai alasan untuk berbuat demikian dan perlu patuh kepada harga siling RM9.40 yang ditetapkan.

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini
Peguamnya Too Xing Ji mengesahkan yang Kalwant telah menjalani hukuman.

Suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga
Mayat kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditemui di ruang tamu rumah berkenaan.

Alasan kenaikan OPR untuk kurangkan kadar inflasi sukar diterima - Asyraf Wajdi
Katanya, keluarga yang mempunyai beberapa pinjaman bank mungkin akan bertambah perbelanjaan bulanan sebanyak ratusan ringgit.

Keputusan permohonan pindaan perlembagaan UMNO diketahui selewat-lewatnya 16 Julai - ROS
Pindaan perlembagaan UMNO ialah bagi memberi ruang kepada ahli memfokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Seorang maut, empat parah nahas tiga kenderaan
Kesemua mangsa parah dihantar ke PPUKM dan HKL manakala mayat mangsa maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemalangan | Pemandu maut rempuh tembok pembahagi plaza tol
Seorang pemuda maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh tembok pembahagi Plaza Tol Penchala arah selatan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) awal pagi tadi.

Banjir | Pahang bantu hantar 150 sukarelawan ke Baling
Pahang menghantar 150 sukarelawan bersama bantuan kemanusiaan dalam misi membantu mangsa-mangsa banjir di Baling, Kedah, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Menurutnya, ia terdiri dari Majlis Tindakan Sosial Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Bulan Sabit Merah dan Skuad Bencana Pahang termasuk sukarelawan dari beberapa daerah lain di negeri itu.

Aktiviti membeli saham murah dorong FBM KLCI dibuka tinggi
Pada jam 9.05 pagi, indeks utama meningkat sebanyak 2.44 mata kepada 1,423.29 daripada 1,420.85 penutupan urus niaga Rabu.

Wujud kedai harga rendah, bantu golongan B40, M40 tangani kos sara hidup - Pakar
Dengan mewujudkan kedai harga rendah ini, golongan B40 dan M40 dapat menerima manfaat dan penjimatan dalam perbelanjaan harian, kata Yusof.

Perlu ada solusi jangka panjang tangani kos sara hidup rakyat - Young Syefura
Beliau berkata, ia bukan sahaja memberi kesan kepada golongan B40, sebaliknya turut memberi kesan sama kepada M40 dan juga T20.

Etiqa sasar bantu pelajar golongan B40 menerusi Program Celik 3M
Etiqa melancarkan Program Celik 3M Etiqa Cares bersama ADAB Youth Garage (AYG).

Kenaikan harga: Golongan B40, M40 akui tertekan
Tinjauan di Pasar Besar Dungun mendapati, pengguna terpaksa mengeluarkan belanja berganda demi menampung keperluan semasa.

Nik Zawawi nafi pandang remeh kenaikan harga barang
Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya bahawa kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barang di negara kita dan di dunia secara umumnya.

Bimbang hilang kerja, tiada masa, alasan rakyat enggan buat saringan kesihatan
Penyakit tak pilih orang, tak pilih masa, bila-bila dan sesiapa pun boleh kena!

Kad Perak Prihatin, Kasih Ibu Darul Ridzuan diguna pakai di Kedai Bergerak
Setakat ini kedai bergerak di Perak sememangnya dikhususkan untuk rakyat membeli barang keperluan dengan tawaran harga istimewa.

Lambakan bekalan minyak masak peket dapat minimumkan kenaikan harga makanan - Pakar
Kenaikan harga makanan susulan pemansuhan minyak masak botol seperti diumumkan kerajaan, boleh diminimumkan sekiranya bekalan minyak masak peket tidak dihadkan dua peket bagi setiap pembeli.

Dermasiswa B40 mampu tarik minat ibu bapa galakkan anak memilih TVET
Penggiat TVET tidak boleh bersikap 'rendah diri' selepas ini dan sudah tiba masanya mereka perlu menjadi ejen perubahan kepada masyarakat.

Golongan B40 digesa manfaatkan saringan kesihatan percuma
Masih ramai yang ambil mudah soal kepentingan menjaga kesihatan.