awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Pembukaan kerja pembinaan secara berperingkat, elak risiko penularan COVID-19

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/04/2020
07:35 MYT
PKP: Pembukaan kerja pembinaan secara berperingkat, elak risiko penularan COVID-19
Kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan kontraktor kelas G1 dan G2 bagi meningkatkan kelangsungan ekonomi untuk syarikat-syarikat kecil juga termasuk dalam 13 kategori berkenaan. - Gambar hiasan
Kerja-kerja pembinaan dibenarkan beroperasi secara berperingkat sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengelakkan risiko penularan wabak COVID-19, kata Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah berkata projek-projek yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP adalah daripada 13 kategori.
“Projek yang tidak memerlukan ramai pekerja di tapak, seperti projek pembinaan bangunan yang mempunyai skor IBS 70 dan ke atas, kerja-kerja penyelenggaraan dan kerja-kerja pembinaan yang telah mencapai kemajuan fizikal 90 peratus dan ke atas,” kata Fadillah pada sidang media mengenai prosedur operasi standard (SOP) pembinaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Rabu.
Antara projek yang dibenarkan, katanya, termasuk kerja kritikal untuk memastikan keselamatan struktur pembinaan seperti kerja-kerja cerun, terowong, jambatan dan viaduct serta penyiasatan tanah.
“Ia juga termasuk kerja-kerja penyelenggaraan, pembersihan dan pengeringan air dari tapak bina bagi mengelakkan pembiakan nyamuk dan haiwan perosak.
“Selain itu, semua khidmat profesional juga termasuk kerana ia diperlukan untuk pengurusan dan penyeliaan projek, termasuk meluluskan pembayaran bagi kemajuan kerja pembinaan,” katanya.
Tambahnya, kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan kontraktor kelas G1 dan G2 bagi meningkatkan kelangsungan ekonomi untuk syarikat-syarikat kecil juga termasuk dalam 13 kategori berkenaan.
“Hal ini kerana kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor G1 dan G2 juga adalah kecil dan tidak membabitkan ramai pekerja,” ujarnya lagi.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Fadillah Yusof
#kategori
#kerja kritikal
#Menteri Kanan Infrastruktur
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#prosedur operasi standard
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan