Selepas lebih sebulan tertangguh, tanggal 6 Ramadan menjadi detik paling tidak dapat dilupakan buat Muhamad Padzeli Aznan dan Nor Haslinda Hashim, apabila menjadi pasangan pertama bernikah di pulau ini, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Majlis pernikahan pasangan berusia 27 dan 25 tahun itu, dilaksanakan di Kompleks Pejabat Agama Daerah Langkawi, di sini dengan dua kali lafaz yang disempurnakan oleh Pegawai Agama Daerah Langkawi Syeikh Zainul Mukhtar Abdullah Sirajuddin.
Bapa pengantin perempuan Hashim Awang, menjadi wali pernikahan dengan disaksikan dua petugas Pejabat Agama Daerah Langkawi.
Muhammad Padzeli, yang bekerja di sebuah hotel di sini berkata, urusan akad nikah mereka dijadual pada 27 Mac lalu, namun terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan PKP.
"Saya dapat panggilan dari Pejabat Agama Daerah Langkawi pada Ahad lalu (26 April), mereka tanya sama ada mahu teruskan majlis akad nikah dalam tempoh PKP atau tangguhkan lagi. Selepas berbincang bersama pasangan, kami putuskan untuk terima dan buat pada hari ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Pejabat Agama Daerah Langkawi, di sini.
Bagi Nor Haslinda dia melahirkan rasa syukur selepas tertangguh lebih sebulan urusan pernikahan mereka dapat disempurnakan.
"Dalam tempoh penangguhan, saya reda kerana faham urusan pernikahan tidak dapat diteruskan kerana PKP. Hari ini saya rasa bersyukur dan gembira apabila mendapat kelulusan untuk bernikah dalam tempoh PKP. Berkenaan majlis kenduri kami belum rancang lagi, nak tunggu hingga habis PKP baru fikir semula," katanya yang berasal dari Kampung Hujung Penarak, Langkawi.
Sementara itu, Syeikh Zainul Mukhtar berkata sejumlah 38 pasangan diluluskan untuk dinikahkan dalam tempoh PKP di Langkawi.
"Hari ni seramai lima pasangan akan dinikahkan. Bakinya akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut hari yang telah ditetapkan.
"Urusan akad nikah setiap pasangan ambil masa kira-kira 20 minit, semua mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam tempoh PKP, dan memenuhi rukun serta syarat sah pernikahan. Semasa proses pernikahan hanya pasangan serta wali pernikahan dibenarkan hadir ," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 29 2020
Muhamad Padzeli dan Nor Haslinda menjadi pasangan pertama bernikah dalam tempoh PKP di Langkawi. Gambar/ Bernama
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Giliran pemain Harimau Malaya, Matt Davies tamatkan zaman bujang
Pertahanan sayap kebangsaan, Matt Davies, selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Jenna Vivian.
Anak bongsu Najib, Norashman selamat nikah
Anak bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Nikola Mulyadi.
Nabila Razali hadiahkan lagu ‘Hanya Kamu’ khas untuk suami
Ada beberapa hal yang sempat dikongsikan oleh penyanyi Nabila Razali sebaik sahaja statusnya berganjak dari tunangan orang kepada seorang isteri.
Ini lapan fakta menarik Dayang Anisha, bakal isteri Putera Mateen
Istiadat perkahwinan Putera Mateen dan Dayang Anisha akan berlangsung selama 10 hari bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari.
Ronaldo kahwin kali ketiga
Legenda bola sepak, Ronaldo Nazario secara rasmi berkahwin dengan model Celina Locks berusia 33 tahun di Ibiza hujung minggu lalu.
Pelakon Imran Aqil dan pempengaruh Dahlia Rizal selamat bernikah
Dengan sekali lafaz, pelakon Imran Aqil telah selamat bergelar suami kepada pempengaruh, Dahlia Rizal pada Sabtu.
Hafidz Roshdi nafi kahwini Athira Yuhada, baru fasa berkawan
Pelakon Hafidz Roshdi menafikan sudah berkahwin dengan wanita yang dikaitkan dengannya sebelum bercerai, Athira Yuhada.
Cat Farish bakal disatukan dengan Shikin Maembong
Penyanyi dan komposer Cat Farish berkongsi berita gembira bakal disatukan dengan Shikin Maembong dalam masa terdekat.
MK K-Clique dedah hanya ambil masa 2 minggu rancang kahwin Siti Hajaar
MK K-Clique mendedahkan persiapan untuk mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar Syeikh Nordin hanya diambil dalam masa dua minggu sahaja.
Berketurunan Maghribi, siapa Essam Muhammad, suami Mizz Nina?
Nina memaklumkan yang dia telah bernikah dengan Essam pada suku kedua 2023 dan merancang untuk mengadakan resepsi perkahwinan di Malaysia.