awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Sediakan alat pengimbas suhu badan di tapak pembinaan - Fadillah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/04/2020
08:23 MYT
PKP: Sediakan alat pengimbas suhu badan di tapak pembinaan - Fadillah
Waktu kerja di tapak pembinaan ditetapkan dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang sahaja, selama lima hari seminggu. - Gambar hiasan.
Syarikat dan kontraktor yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu menyediakan alat pengimbas suhu badan atau thermal scanner di tapak pembinaan.
Menteri Kanan (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang ditetapkan.
“Kontraktor atau syarikat yang diluluskan untuk beroperasi hendaklah menyediakan alat pengimbas suhu badan atau thermal scanner serta melakukan saringan pekerja yang mempunyai gejala batuk, sakit tekak atau sesak nafas.
“Pengukuran suhu badan dan saringan gejala perlu dilakukan setiap hari di pintu masuk tapak pembinaan atau premis,” kata Fadillah pada sidang media mengenai SOP pembinaan semasa PKP pada Rabu.
Tambahnya lagi, sekiranya ada pekerja di sesebuah tapak pembinaan didapati positif COVID-19, keseluruhan projek berkenaan akan dihentikan.
Setakat ini, katanya, kerajaan telah menerima lebih 19,000 permohonan daripada syarikat dalam industri pembinaan untuk beroperasi sepanjang PKP.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,856 permohonan sudah diluluskan manakala 7,387 permohonan gagal.
Dalam pada itu, beliau juga berkata waktu kerja di tapak pembinaan ditetapkan dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang sahaja, selama lima hari seminggu.
Topic Berkaitan
#alat saringan suhu badan
#Fadillah Yusof
#garis panduan
#Menteri Kanan Infrastruktur
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#prosedur operasi standard
#saringan
#SOP
#tapak pembinaan
#thermal scanner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan