awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Terengganu laksana sistem penggiliran buat kenderaan bermula esok

Astro Awani
Astro Awani
31/03/2020
06:54 MYT
PKP: Terengganu laksana sistem penggiliran buat kenderaan bermula esok
Pendekatan ini terpaksa dilaksanakan bagi menghadkan jumlah kenderaan yang masih tinggi di atas jalan raya. - Gambar fail/BERNAMA
Polis Terengganu akan memperketatkan lagi pergerakan kenderaan di atas jalan raya dengan melakukan sistem penggiliran berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik dalam satu kenyataan berkata menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa II yang bermula esok, pihaknya akan mengurangkan 50 peratus jumlah kenderaan di atas jalan raya termasuk motosikal.
Jelasnya hanya kenderaan perkhidmatan kritikal serta mempunyai bukti daripada jabatan atau syarikat mereka bertugas sahaja dibenarkan.
Roslee berkata bagi kenderaan persendirian pula, pihaknya memperkenalkan sistem penggiliran berasaskan nombor pendaftaran kenderaan.
Jelasnya angka terakhir nombor pendaftaran akan dijadikan panduan sama ada nombor ganjil atau nombor genap.
Pada permulaan, hanya kenderaan persendirian dengan angka nombor ganjil sahaja dibenarkan untuk bergerak bagi sebarang urusan.
Manakala kenderaan bernombor genap akan dibenarkan bergerak pada keesokannya dengan secara giliran.
Roslee berkata jika didapati kenderaan persendirian yang tidak dibenarkan bergerak melalui mana-mana sekatan, mereka akan diarahkan kembali ke rumah masing-masing.
Pendekatan ini terpaksa dilaksanakan bagi menghadkan jumlah kenderaan yang masih tinggi di atas jalan raya seolah-olah tidak menghiraukan perintah kawalan pergerakan.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Datuk Roslee Chik
#koronavirus
#perintah kawalan pergerakan
#polis
#Polis Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan