awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKP: Tiada lagi kompromi, polis akan tangkap jika masih degil - Pesuruhjaya Polis Sarawak

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
24/03/2020
08:05 MYT
PKP: Tiada lagi kompromi, polis akan tangkap jika masih degil - Pesuruhjaya Polis Sarawak
Kebenaran keluar selepas jam tujuh malam hanya diberikan kepada mereka yang punya keperluan seperti bekerja dan hal-hal melibatkan kecemasan sahaja. FOTO: Bernama
Pihak polis tidak akan berkompromi dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang masih ingkar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Demikian tegas Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail yang menyatakan bahawa arahan itu terpaksa dilakukan kerana masih ramai yang berdegil dan sengaja mengingkari perintah laranagn tersebut.
“Mereka yang masih berdegil dan sengaja keluar rumah tanpa sebab munasabah, kita tidak akan teragak-agak untuk menahan dan jika perlu tangkapan akan dibuat,” tegasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Penguatkuasaan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).
Mereka yang ditangkap akan dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Setakat ini bagaimanapun masih belum ada tangkapan dibuat berhubung perkara tersebut namun pihak polis akan terus bertegas bagi memutuskan rantai penularan COVID-19 ini.
Ujarnya, kebenaran keluar selepas jam tujuh malam hanya diberikan kepada mereka yang punya keperluan seperti bekerja dan hal-hal melibatkan kecemasan sahaja.
Topic Berkaitan
#Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1998 Akta 342
#COVID-19
#Datuk Aidi Ismail
#perintah kawalan pergerakan
#Pesuruhjaya Polis Sarawak
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan