KLANG:Aktiviti ekonomi di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berjalan seperti biasa dengan pematuhan sepenuhnya kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Tinjauan Bernama di sekitar Taman Sri Andalas, Bandar Bukit Tinggi, Bandar Klang dan Taman Bayu Perdana mendapati walaupun ada kawasan kelihatan agak lengang namun peniaga masih membuka premis masing-masing mengikut waktu ditetapkan bagi memenuhi keperluan harian masyarakat di situ.
Keadaan di restoran, kedai makan dan gerai di lokasi itu juga dilihat agak 'sunyi' susulan SOP PKPB hanya membenarkan makanan dibeli secara bungkus, menerusi khidmat penghantaran makanan atau pandu lalu.
Bagi pengusaha sebuah restoran nasi beriani di Taman Sri Andalas, Stellamary, 44, beliau akur dengan arahan kerajaan walaupun pendapatannya agak merosot pada hari pertama pelaksanaan PKPB semalam.
"Disebabkan lokasi restoran ini di zon merah, kami memang patuh pada arahan kerajaan kerana tidak mahu wujud sebarang isu di kemudian hari dan bagi menjaga keselamatan semua.
"Pematuhan SOP PKPB memang memberi kesan kerana semalam, hanya dua sahaja pelanggan datang membeli makanan daripada kami. Jadi, untuk tempoh dua minggu ini, kami bergantung sepenuhnya kepada pembelian menerusi khidmat penghantaran makanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Turut senada dengan beliau ialah pengusaha gerai tepi jalan iaitu Mohd Suffian Hairuddin, 36, yang berkata pendapatannya agak merosot berikutan orang ramai tidak keluar rumah seperti sebelum ini.
"Kira-kira 50 peratus juga pendapatan saya berkurangan. Jalan raya di tempat saya berniaga ini ada sekatan oleh pihak polis, jadi tidak ramai orang melaluinya. Pembelian hanya mengharapkan kepada khidmat penghantar makanan sahaja," katanya.
Bagi penghantar makanan, Abdul Rahim Samsuri, 39, pelaksanaan PKPB ibarat membuka 'pintu rezeki' kepadanya kerana setakat semalam sahaja, hampir 20 penghantaran dilakukan di sekitar lokasi zon merah.
Namun begitu, walaupun ingin 'mengejar' jumlah khidmat tempahan yang banyak, beliau sentiasa memastikan dirinya mematuhi SOP diitetapkan dengan mengamalkan penjarakan fizikal, memeriksa suhu badan serta mengimbas kod aplikasi My Sejahtera di premis yang dikunjungi.
"Sebelum ini, jumlah tempahan penghantaran tidaklah banyak. Bagaimanapun, hari ini sahaja sejak saya mula bekerja pada kira-kira 11.30 pagi, sudah banyak tempahan yang masuk. Walaupun sibuk, saya sentiasa jaga SOP demi keselamatan diri," katanya.
Sebanyak 36 kawasan perumahan di mukim Klang terlibat dalam PKPB bermula semalam sehingga 23 Okt ini susulan peningkatan kes pandemik COVID-19 namun kerajaan memutuskan bahawa aktiviti ekonomi di lokasi terlibat dibenarkan beroperasi dengan pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 10 2020
Kelihatan penduduk di sekitar Pekan Meru, Klang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka bagi mengelak penularan COVID-19 ketika tinjauan. - Gambar BERNAMA
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
IMF kekalkan ramalan pertumbuhan global 2024 pada 3.2 peratus, amaran ketegangan geopolitik
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Selasa mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi global bagi 2024 pada 3.2 peratus, selaras dengan ramalan terdahulu yang dibuat pada Julai.
Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari
Keadaan politik yang stabil menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kenanga Research jangka harga resin stabil walaupun harga minyak mentah tinggi
Kenanga Research menjangkakan harga resin global akan kekal stabil sehingga 1HCY22.
MEF, SAMENTA setuju lanjutan PKP 3.0 perlu, harap langkah-langkah lebih efektif
Meskipun ia satu keperluan, kerajaan juga perlu memastikan langkah-langkah berkesan disediakan untuk menyokong majikan yang terkesan.
PKP: Tak perlu cap polis, hanya dua dokumen ini sahaja jika anda bekerja - MITI
Wujud kekeliruan dalam kalangan mereka yang bekerja tetapi terpaksa rentas daerah atau negeri, susulan larangan yang berkuat kuasa hari ini.
Sektor ekonomi di Selangor dibenar beroperasi mengikut SOP ditetapkan - MITI
MITI dalam satu kenyataan berkata SOP Am PKP 3.0 adalah berdasarkan SOP yang sedia ada kecuali 'dine-in' (makan di restoran), ia tidak dibenarkan.
Pasar malam di Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi
Pengoperasian ini dibenarkan setelah pihak penganjur dan peniaga bersetuju mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Kerajaan cuba sebaik mungkin elak pelaksanaan PKP sepenuhnya - MoF
Negara tidak mampu untuk menangani krisis ekonomi yang lebih serius dan berpanjangan.