Semua pihak khususnya rakyat di negara ini diingatkan untuk mengamalkan kawalan kendiri (self-regulation) bagi mengelakkan diri daripada terkena jangkitan wabak COVID-19.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pihak perlu memainkan peranan dan tanggungjawab bersama bagi memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti.
Menurut beliau, kerajaan mengambil maklum mengenai kebimbangan orang ramai terhadap pembukaan semula sektor perniagaan dan industri apabila berlakunya pergerakan secara besar-besaran.
"Malah, ramai turut melahirkan kerisauan kemungkinan PKPB ini boleh menyebabkan penularan semula jangkitan COVID-19.
"Namun, pakar-pakar perubatan menjangkakan vaksin COVID-19 akan dapat disiapkan seawal tahun depan dan jika ia mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan vaksin, ini bermakna kita tidak akan mampu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh selama itu," katanya dalam sidang media harian pada Ahad.
Dalam pada itu, Ismail Sabri meminta agar kita mengambil teladan dari Taiwan yang tidak melaksanakan PKP semasa mereka menghadapi COVID-19.
Ujarnya, meskipun begitu, kes positif jangkitan COVID-19 di negara berkenaan terkawal dan merekodkan peratus kematian yang rendah.
"Ini berjaya dicapai kerana penduduk mereka mengambil langkah pencegahan dan mengamalkan kawalan kendiri yang sangat tinggi.
"Selain mengamalkan penjarakan sosial lebih daripada satu meter di tempat awam, pemakaian topeng dan menjaga kebersihan diri telah menjadi amalan wajib," ujarnya.
PKPB akan bermula esok dengan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenarkan kerajaan bagi mengimbangi keperluan untuk memulihkan ekonomi negara serta kepentingan membendung wabak COVID-19.