Walaupun premis makanan dibenarkan beroperasi secara 'dine in' atau makan di dalam restoran susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula berkuat kuasa hari ini, rata-rata pengusaha kekal dengan konsep bungkus dan bawa balik.
Tinjauan Bernama di sekitar ibu negara seperti di Kampung Baru mendapati beberapa premis makanan yang dibuka hanya menjual makanan untuk dibungkus dengan kelihatan ramai penghantar makanan bersedia menunggu melaksanakan tugas-tugas penghantaran.
Begitu juga di Titiwangsa dan Sentul apabila terdapat restoran makanan segera yang masih belum 'membuka pintu' kepada orang ramai untuk makan di dalam premis dan hanya membenarkan perkhidmatan secara secara pandu lalu dan penghantaran.
Walaupun begitu, didapati hampir kesemua peniaga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu melakukan jarak sosial serta para pekerja juga turut memakai penutup hidung dan mulut.
Menerusi temu bual secara rawak dengan Bernama, ada antara peniaga berkata mereka memilih untuk kekal dengan kaedah lama berikutan masih bimbang dengan penularan jangkitan COVID-19, belum bersedia mematuhi SOP yang agak ketat selain kehadiran pelanggan yang kurang lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kedai mamak dan restoran di sekitar Setapak dan Kampung Baru yang dilihat beroperasi secara 'dine in', dan rata-ratanya mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.
Meja-meja disusun semula dengan jarak kira-kira dua meter antara satu meja dengan meja yang lain dengan satu meja boleh diduduki dua orang.
Pembantu restoran turut dilihat menyediakan satu meja khas bagi para pelanggan mengisi butiran peribadi seperti nama dan nombor telefon mereka selain turut melakuan saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.
Turut disediakan ialah garisan di lantai depan kaunter bayaran bagi memastikan pelanggan berada dalam jarak satu meter antara satu sama lain ketika beratur membuat bayaran.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mana-mana premis perniagaan atau kilang yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) ketika beroperasi dalam tempoh PKPB akan dikenakan tindakan tegas, termasuk penutupan premis berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 04 2020
Banyak peniaga memilih untuk kekal dengan kaedah lama berikutan masih bimbang dengan penularan jangkitan COVID-19. - Gambar hiasan
Pas puji tindakan pantas kendalikan tragedi helikopter TLDM
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan turut Merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa.
Penghormatan terakhir mangsa nahas helikopter
Ikuti perkembangan terkini bersama wartawan Astro AWANI, Ridauddin Daud, langsung dari Ipoh, Perak untuk upacara penghormatan terakhir dan pengebumian 10 wira negara yang maut dalam nahas helikopter terhempas di pangkalan udara TLDM, Lumut, pada pagi Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Penghormatan terakhir buat kru TLDM terkorban
Semua jenazah akan dibawa sebaik proses bedah siasat dijalankan selesai di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang dijangka sekitar jam 2 petang pada Rabu.
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Sirul kemungkinan besar gagal dibawa pulang - Razarudin
Perbezaan peruntukan undang-undang antara Malaysia dan Australia mempengaruhi keadaan itu.
Ketegangan di Rusia: Kerajaan sedia bawa pulang 755 rakyat Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedia membawa pulang seramai 755 rakyat Malaysia yang berada di Rusia sekiranya keselamatan mereka terjejas.
Myanmar setuju pelarian Rohingya dihantar pulang - Menteri Luar Bangladesh
China sebagai sekutu penting Myanmar akan memudahkan proses penghantaran pulang.
Kerajaan belum buat keputusan bawa balik rakyat Malaysia di Rusia - Saifuddin
Kerajaan belum membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia di Rusia yang terkesan akibat sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap negara itu.
India bawa pulang diplomat, warganya dari Kabul
Sebuah pesawat C-17 Tentera Udara India (IAF) menerbangkan lebih 120 rakyat India, termasuk diplomat, dari Kabul dan mendarat di Gujarat pada Selasa, kata seorang pegawai kerajaan.
Misi repatriasi bawa pulang rakyat Malaysia dari India selamat tiba di tanah air
Misi repatriasi membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai, India selamat tiba di Unit Kecemasan Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 1 pagi tadi.
PKPB: Banyak premis makanan masih kekal konsep 'take away'
Terdapat restoran makanan segera yang masih belum 'membuka pintu' kepada orang ramai untuk makan di dalam premis.
PKP: Berniaga makanan sehingga 10 malam hanya rumitkan kawalan - Menteri
Ini kerana kebanyakan yang keluar kelak tidak semestinya keluar untuk ke gerai sahaja dan ini hanya akan merumitkan kawalan.
Jerantut, Pekan dan Raub dilarang jual makanan secara bawa pulang mulai esok
Arahan itu juga meliputi restoran makanan segera di tiga daerah terbabit.
COVID-19: Malaysia, Brunei kerjasama bawa pulang rakyat terkandas di luar negara
84 rakyat malaysia yang terkandas di mesir telah dibawa pulang menaiki pesawat sewaan khas Kerajaan Negara Brunei Darussalam.