awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Boleh sehingga tujuh individu di dalam kenderaan persendirian

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/05/2020
06:59 MYT
PKPB: Boleh sehingga tujuh individu di dalam kenderaan persendirian
Pemilik kenderaan persendirian dibenarkan membawa tujuh penumpang bergantung kepada kapasiti kenderaan masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai esok. - Gambar hiasan
Mulai esok (27 Mei), kerajaan membenarkan maksimum tujuh individu termasuk pemandu berada di dalam kenderaan persendirian dan ia bergantung kepada kapasiti kenderaan masing-masing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara tersebut telah diwartakan di dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 6) (Pindaan) 2020.
“Bagi kenderaan persendirian, pemandu boleh membawa penumpang mengikut kapasiti kenderaan masing-masing yang dikawal selia oleh Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu Akta 333.
“Jika kapasiti (kenderaan) adalah empat penumpang, maka pemandu campur dengan tiga penumpang, empat (penumpang) satu kereta, ini untuk kereta biasa.
“Tetapi untuk kenderaan seperti MPV (kenderaan pelbagai guna), dia boleh satu (pemandu) campur enam (penumpang). Ia boleh sehingga maksium tujuh orang sebab bahagian tempat duduk belakang panjang, ia boleh duduk bertiga. Tiga, dua, satu dan campur dengan pemandu, jadi boleh sampai tujuh.
“Peraturan ini akan berkuat kuasa mulai esok, 27 Mei 2020,” katanya dalam sidang media harian di sini, pada Selasa.
Semalam, Ismail Sabri berkata kerajaan sudah membenarkan pemilik kenderaan persendirian membawa sehingga enam penumpang bergantung kepada kapasiti kenderaan.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada peraturan tersebut sudah diwartakan atau sebaliknya.
Topic Berkaitan
#Ismail Sabri
#keselamatan
#Media
#PKP
#PKPB
#tujuh penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan