awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan ditukar ke PKPP - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2021
10:30 MYT
PKPB di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan ditukar ke PKPP - Ismail Sabri
Kata Ismail, rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan daripada PKPP ke PKPP melalui konsep green travel bubble. - Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan akan ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 19 sehingga 31 Mac ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimanapun berkata, status PKPB di Kuala Muda dan Kulim, Kedah serta Seremban di Negeri Sembilan masih kekal kerana masih ada kluster aktif dan zon merah di lokaliti berkenaan.
Ujarnya, zon merah di Perak juga berkurangan, zon hijau bertambah menjadi 46 daripada 78 mukim selain penurunan kes mendadak dengan peratus zon hijau 67.2 peratus.
Jelasnya, enam negeri dikekalkan status PKPB termasuk Selangor yang mencatat banyak zon merah.
"Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur(semua zon masih merah dengan purata kes 103 sehari), Johor (masih banyak zon merah dan jingga, zon hijau hanya 31.5 peratus), Pulau Pinang (masih banyak zon merah, kadar insiden meningkat) dan Kelantan(masih banyak zon merah dan jingga, zon hijau hanya 33.3 peratus)," katanya semasa sidang media pada Selasa.
Sementara pengekalan status PKPB di Sarawak berbeza kerana masih tidak membenarkan rentas daerah di negeri berkenaan.
Sementara tujuh negeri dikekalkan status PKPP iaitu Perlis kerana tiada pertambahan kes baharu dan Melaka kerana zon hijau bertambah dan tiada yang merah.
Dalam pada itu, negeri-negeri lain ialah Pahang (Zon hijau bertambah dan tiada yang merah),Terengganu (Zon hijau bertambah dan tiada yang merah) serta Sabah (Trend jangkitan terus menurun kecuali di Nabawan. PKP di Nabawan disambung dua minggu lagi), Wilayah Persekutuan Putrajaya (Tiada zon merah) dan Wilayah Persekutuan Labuan (Kes terus menurun dan status zon jingga bertukar ke kuning).
Kata Ismail, rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan daripada PKPP ke PKPP melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
Ujarnya, rentas daerah dibenarkan kecuali bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Topic Berkaitan
#PKPB
#PKP
#PKPP
#Kedah
#Perlis
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan