KUALA LUMPUR:Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyambut baik keputusan yang dicapai menerusi Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan fasiliti sukan komersial beroperasi bermula 19 Oktober ini.
KBS dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan kesemua fasiliti sukan komersial perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi membendung penularan COVID-19.
SOP yang perlu dipatuhi:
- Tiada sentuhan badan dengan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik manakala tiga hingga lima meter bagi aktiviti dinamik.
- Aktiviti di dalam padang bola sepak dan gelanggang futsal hanya untuk tujuan latihan sahaja dan terhad kepada maksimum 10 orang peserta pada satu-satu masa.
- Setiap pengusaha perlu menjadualkan pelaksanaan latihan sekiranya terdapat ramai peserta dengan mengehadkan jumlah tidak melebihi 10 orang pada satu-satu masa.
- Pelaksanaan operasi di gimnasium dan dewan badminton perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan sebelum ini khususnya mengenai larangan perkongsian peralatan, sanitasi peralatan yang kerap dan penjadualan slot untuk memastikan kawalan bilangan pengguna pada satu-satu masa.
- Permainan dan kejohanan yang akan melibatkan sentuhan badan masih dilarang buat masa ini.
BACA: PKPB: Gimnasium, padang komersial, pusat futsal dibenarkan beroperasi 19 Oktober
"Bagi memastikan pematuhan terhadap SOP ini tidak diambil mudah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri akan sentiasa melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa.
"Bagaimanapun, aktiviti sukan dan rekreasi dalam tempat tertutup (indoor venue) yang lain akan terus diberi perhatian untuk dipertimbangkan selepas tempoh PKPB dengan melihat kepada situasi semasa," katanya.
Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara tersebut diputuskan Sidang Khas MKN setelah mendengar permohonan dan rayuan daripada KBS.
Astro Awani
Sat Oct 17 2020

Gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan beroperasi mulai Isnin depan, 19 Oktober. -Gambar hiasan

Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
Katanya, tumpuan kerajaan Jepun ketika ini ialah untuk mendapatkan slot pada tahun 2032 untuk sukan tersebut.

AWANI Ringkas: PdPR: Kerajaan perlu pertingkat jaringan internet | PdPR: Apa rasional terbaik?

Kajian Ipsos: Menangani tahap keresahan rakyat Malaysia
Bagi membincangkan mengenai perkara ini kita bersama dengan Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

PdPR: Capaian internet luar bandar perlu dipertingkat
Kerajaan digesa untuk mempertingkatkan keupayaan internet di luar bandar sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, PdPR. Akses internet lemah, akan jadi kekangan seterusnya menjejaskan pembelajaran mereka.

COVID-19: Dubai larang pembedahan tidak penting, aktiviti hiburan
Penangguhan sementara yang berkuat kuasa mulai 12 tengah malam Khamis adalah bagi memberi keutamaan kepada rawatan pesakit COVID-19.

Niaga AWANI: Strategi dan peluang pelaburan dalam pasaran China
Di sebalik angka ini, UOB asset management percaya wujud peluang yang besar dalam pelaburan jangka panjang dalam syarikat terpilih dalam ekonomi baru di China. Ini melihat kepada kuasa membeli rakyat China yang semakin meningkat dan sokongan yang diberikan kepada 10 industri utama yang dikenal pasti dalam pelan ‘Made In China 2025’ Saksikan rakaman temubual saya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Uobam (Malaysia), Lim Suet Ling

Niaga AWANI: Strategi sektor kewangan depani cabaran 2021
Kita ingin membincangkan kesan dan strategi PKP ini kepada ahli Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) bersama Timbalan Pengerusi Azizi Mustafa.

COVID-19: Britain umum denda mereka yang hadiri parti sosial di rumah
Britain mengumumkan penalti lebih tinggi terhadap individu yang ingkar arahan berkaitan sekatan pergerakan.

AWANI Ringkas: Pelan Dasar Digital ASEAN dilancar hari ini | Ipsos: Rakyat Malaysia paling resah ketika pandemik

AWANI Pagi: Umur 12 tahun mampu lukis gaya arkitek profesional
Baru berusia 12 tahun tetapi mempunyai kebolehan membuat lukisan senibina seperti arkitek. Itulah keunikan seorang bakat cilik, yang akan kami kongsikan kepada anda jam ini. Yang mana bakatnya di kesan apabila lukisan senibina umpama dilukis oleh arkitek profesional telah tular dan seterusnya pelajar tahun enam ini mendapat perhatian ramai. Kita terus ke Alor Setar Kedah bersama dua beranak ini Airiel Haziq yang berusia 12 tahun dan bapanya Mohd Hardy Ahmad.

Miss Universe Malaysia dedah dijangkiti COVID-19 awal Januari lalu
Beliau memohon maaf kerana tidak memaklumkan perkara ini secara umum kerana mahu ia ditangani secara profesional.

Kerja, belajar dari rumah: Aktiviti politik masih perlu bersemuka?
TATKALA ramai yang bekerja dari rumah, belajar dari rumah, timbul persoalan berkenaan aktiviti politik - masih terikat cara tradisional, perlu bersemuka.

Enam kluster COVID-19 di Terengganu akibat ketidakpatuhan SOP di tempat kerja
Kluster ini bukan terhad kepada rakan sepejabat tetapi sudah menular kepada keluarga pekerja dan kontak sosial yang lain.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

PKP 2.0: Rentas negeri, premis operasi lebih masa antara 752 kesalahan
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu, 718 individu dikompaun manakala 34 lagi direman.

COVID-19: DBKL perketat SOP Pasar Borong Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperketatkan urusan kemasukan individu berkaitan ke Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) bermula Jumaat ini, dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

752 ditahan: Ini perincian pelaksanaan PKP, PKPB seluruh negara
Sejumlah 752 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar SOP dengan 34 daripada mereka direman.

Had operasi kedai makan: Kerajaan tidak dengar keluhan rakyat - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu juga dilihat kerajaan PN tidak peka akan nasib rakyat khususnya kumpulan yang terjejas pendapatan.

Pasukan Liga-M belum dibenar adakan sesi latihan berpasukan
Hanya pasukan bola sepak negara dibenarkan menjalani sesi latihan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

32,386 calon SPM, STPM, STAM di Kedah mulakan sesi persekolahan
JPN Kedah beri jaminan setiap arahan kerajaan terutama dalam sesi persekolahan norma baharu dapat dipatuhi kumpulan yang terlibat.