Skip to main content

Malaysia

PKPB: Jangan anggap tiada tindakan undang-undang - Takiyuddin

81560180770_Takiyuddin.jpg
81560180770_Takiyuddin.jpg
Advertisement
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetap akan dikuatkuasakan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dalam PKP Bersyarat atau PKPB.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hukuman tetap dikenakan kepada mereka yang melanggar PKPB tersebut.

“Pertama, saya sebut PKP masih ada, PKP dilaksanakan berdasarkan undang-undang iaitu Akta 342, di bawah akta ni ada peraturan siapa melanggar peraturan ini masih melakukan kesalahan yang boleh dikenakan penjara dan denda.

“Jadi jangan anggap PKPB tidak ada undang-undang, jadi kalau pihak berkuasa perlu bertindak berdasarkan undang-undang itu, kita kena bertindak, pokoknya kita mahu rakyat dapat kesedaran tinggi dari PKP ini,” katanya.

Katanya lagi, hukuman tetap berjalan ke atas sesiapa yang melanggar PKP atau PKPB di mana pihak berkuasa masih boleh bertindak berdasarkan undang-undang yang ada.

Kerajaan melaksanakan PKPB bertujuan memberikan kelonggaran kepada sektor ekonomi dan perkhidmatan beroperasi dengan menetapkan prosedur operasi standard (SOP).

Selepas sebulan PKP dilaksanakan, kejayaan dapat dirasai apabila kes COVID-19 semakin menurun dan berasaskan kejayaan itu, kerajaan memberikan kelonggaran bersyarat.

Selain itu, hasil PKP itu juga telah meninggalkan kesan dan pengalaman baik kepada rakyat untuk terus mengamalkan norma baharu kehidupan yang dapat memupuk suasana lebih baik dan seimbang dalam kehidupan rakyat.

Must Watch Video

Advertisement