KLANG:Sekatan jalan raya terus dipertingkatkan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar (PKPB) di Mukim Klang.

Beberapa sekatan jalan raya terus diperhebat di sekitar laluan masuk di kawasan PKPB, menurut entri Facebook Markas Angkatan Tentera Malaysia.

Anggota keselamatan bertugas 24 jam dalam sekatan jalan raya PKPB di Mukim Klang. Gambar: Ihsan FB Markas Angkatan Tentera Malaysia

Ia melibatkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA di beberapa kawasan Bukit Tinggi, Taman Sri Andalas dan Kampung Kuantan di daerah Klang Utara.

BACA: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari memaklumkan PKPB itu melibatkan 36 kawasan antaranya Kampung Bukit Naga, Kampung Delek Kiri, Taman Desa Meru, Taman Tenaga Bakti dan Taman Klang Utama.