Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat-ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena sambutan Nuzul al-Quran.
Pelbagai program termasuk ceramah agama biasanya diadakan di seluruh negara bagi mengenang kembali sejarah turunnya ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW.
Bagaimanapun, tahun ini semuanya berbeza, dengan keadaan negara yang 'dibadai' COVID-19, pastinya perhimpunan ramai untuk menganjurkan kelaziman itu tidak boleh dilakukan Ahad ini berikutan negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung pandemik maut itu daripada terus menular.
Namun situasi itu bukan alasan untuk umat Islam negara ini tidak meraikan sambutan itu, sebaliknya ia diraikan dengan normal baharu iaitu tadarus al-Quran dilakukan secara sendiri, dalam talian atau bersama keluarga di rumah masing-masing sekali gus menghayati kemuliaan bulan Ramadan.
Beberapa negeri telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang sambutan Nuzul al-Quran di negeri masing-masing, dengan umat Islam di Johor digalakkan untuk terus bertadarus dan khatam al-Quran secara sendiri atau bersama keluarga di rumah masing-masing.
Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad berkata keputusan untuk negeri Johor itu selaras titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebelum ini, iaitu aktiviti di masjid, surau serta musolla di negeri itu ditangguhkan bagi mengekang penularan COVID-19.
Bagaimanapun, bagi mengimarahkan Ramadan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menyediakan tazkirah ihya Ramadan setiap hari untuk orang ramai yang boleh ditonton menerusi laman Facebook jabatan itu, katanya.
Keputusan yang sama juga dibuat di Pulau Pinang apabila Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Zulkifli Long mengalakkan umat Islam negeri itu melakukan amalan beribadah bersama ahli keluarga di rumah bagi meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan sempena dengan penghayatan peristiwa Nuzul al-Quran.
"Semua program perhimpunan keagamaan ditangguhkan selaras dengan arahan kerajaan. Orang ramai dimohon untuk sama-sama beribadah dengan ahli keluarga di rumah dengan melakukan solat fardhu berjemaah, melakukan tiga amalan iaitu Tarawih, Tadabbur dan Tahajjud (3T)," katanya.
Bagi Kedah pula, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan negeri Datuk Dr Ismail Salleh berkata sambutan tetap bermakna apabila ibu bapa dapat membaca al-Quran bersama anak-anak sekali gus boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.
"PKPB ini ada hikmahnya apabila kita dapat menumpukan ibadah lain seperti solat Tarawih, bersedekah dan memperbaiki amalan-amalan sunat lain terutama 10 malam terakhir Ramadan nanti," katanya.
Keadaan sedikit berbeza di Pahang, apabila sambutan Nuzul al-Quran pada Ahad akan dibuat secara siaran langsung menerusi stesen radio Pahang FM dan laman sosial Facebook Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), bersesuaian dengan normal baharu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata pelbagai program disusun sepanjang hari termasuk ceramah dan soal jawab agama serta tadarus Al-Quran oleh individu yang dipilih oleh JAIP.
"Meskipun dengan penularan wabak COVID-19, urusan dakwah tidak akan tersekat atau terhalang, cuma ia akan dilakukan dengan pendekatan yang sedikit berbeza... tahun ini kita tidak dapat berkumpul beramai-ramai tetapi program pengisian yang biasanya kita anjurkan akan diteruskan," katanya.
Program akan dimulakan dengan ucapan Syed Ibrahim diikut oleh ceramah bertema Nuzul al-Quran oleh Imam Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 Datuk Badli Shah Alauddin, selain ceramah Imam Masjid Daerah Bentong Fahizmi al-Hafiz dan diikuti siaran tadarus al-Quran serta tahlil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 08 2020
Setiap tahun pada 17 Ramadan mengikut kalendar Hijrah, umat Islam akan berkumpul, mengadakan majlis khatam dan tadarus membaca ayat-ayat suci al-Quran beramai-ramai sempena sambutan Nuzul al-Quran. - Astro AWANI
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.