Akhirnya, hasrat kebanyakan rakyat di negara ini agar kerajaan membenarkan operasi kedai gunting rambut dan dandan rambut beroperasi semula telah termakbul!
Kerajaan hari ini mengumumkan perkhidmatan gunting serta dandan rambut selain salun kecantikan dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Jun ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri yang berlangsung, pada Sabtu.
Katanya, kerajaan membuat keputusan itu setelah mengambil kira sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berjumlah RM13.5 bilion setahun, selain sektor tersebut melibatkan 74,500 tenaga kerja daripada 16,728 perniagaan yang berdaftar.
"Aktiviti yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.
"Bagi golongan yang berisiko iaitu individu yang berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temu janji tanpa kehadiran pengunjung daripada kumpulan umur lain.
"Bagi kanak-kanak bawah 12 tahun, ibu bapa dibenarkan hadir bersama tetapi perlu mematuhi pemakaian alat pelindung diri seperti pelitup muka dan apron pakai buang," katanya dalam sidang media harian di sini pada Sabtu.
Selain itu katanya, pengusaha perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.
Jelas Ismail Sabri, SOP ditetapkan juga memerlukan pekerja memakai pelindung muka, apron pakai buang selain sarung tangan yang berbeza bagi setiap pelanggan.
Katanya, pengusaha juga perlu memastikan jarak antara setiap kerusi sejauh sekurang-kurangnya dua meter bagi setiap pelanggan.
Ismail Sabri berkata SOP sama turut terpakai terhadap aktiviti mengunting rambut di rumah.
"Di rumah lebih selamat sebab tiada percampuran (antara individu). Walau ada penjarakan sosial namun mungkin ada lima tempat (di kedai gunting), tetapi di rumah satu (tempat sahaja)... sebab itu di rumah tiada percampuran," katanya.
Hasimi Muhamad
Sat Jun 06 2020

Jelas Ismail Sabri, SOP yang perlu dipatuhi termasuk pemakaian face shield dan apron pakai buang oleh pekerja, pemakaian satu set sarung tangan bagi setiap pelanggan serta jarak antara satu kerusi tukang gunting perlulah sekurang-kurangnya dua meter.

KPDN lancar Jualan Rahmah peringkat Wilayah Persekutuan KL, libatkan 11 Parlimen
Jualan Rahmah akan berlaku bermula daripada 25 Mac sehingga seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri melibatkan 15 rakan strategik pasar raya.

Korban tanah runtuh di Ecuador meningkat kepada 21 orang
Seramai 656 orang turut terjejas manakala 170 lagi hilang tempat tinggal.

Situasi malaria di Ulu Baram terkawal - Lukanisman
Kesemua prosedur dan tindakan bagi mencegah penularan wabak malaria telah diambil oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

JAKIM ingatkan jangan buat sebarang andaian
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang andaian mengenai tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Semua pihak juga dimohon untuk menghormati ketetapan yang dibuat oleh Majlis Raja-Raja mengenai perkara itu.

Imigresen Sabah tumpas sindiket pemalsuan dokuman permit masuk
Jabatan Imigresen (JIM) Sabah menumpaskan satu sindiket pemalsuan pelbagai dokumen pengenalan diri dengan penahanan enam individu dalam Ops Serkap bermula Rabu hingga semalam.

PM Anwar adakan pertemuan dengan Xi Jinping
Usaha mengukuhkan kerjasama yang lebih komprehensif antara Malaysia dan China penting untuk memberikan manfaat kepada kedua-dua negara. Malaysia memberi komitmen untuk mengutamakan China kerana hubungan rapat dan dasar Presiden China Xi Jinping yang hampir selari dengan agenda Madani. Untuk laporan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Beijing, kita bersama Hasimi Muhamad

AB Rauf dilantik Ketua Menteri, apa jadi tumpuan utama?
Terjawab sudah..dan seperti dijangkakan. ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Rauf Yusoh dipilih sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali. Bagaimanapun, pelantikan itu belum menyelesaikan beberapa perkara berbangkit mengenai pentadbiran Melaka. Ini termasuk soal pembentukan kerajaan perpaduan di Melaka..senarai EXCO yang dilantik, siapa akan kekal, siapa akan gugur. Untuk mendapatkan perinciannya, saya bersama wakil Astro AWANI Melaka, Shuhada Kadir.

Pelantikan dalam tempoh 48 jam
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam. Bagaimanapun, Ketua Menteri Datuk Ab Rauf Yusoh belum dapat mengesahkan sama ada pelantikan itu akan turut melibatkan wakil rakyat daripada blok Pakatan Harapan (PH). Beliau menjelaskan, perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebelum membuat sebarang keputusan.

Najib kehabisan 'saluran' rayuan
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah kehabisan semua saluran rayuan dalam kes rasuah SRC Internation di peringkat mahkamah. Beliau berkata, keputusan itu memberi mesej tegas kepada semua pihak termasuk ahli politik bahawa tiada sesiapa pun yang mempunyai kekebalan atau boleh melebihi undang-undang.
![[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri [INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2016549/8967789641680265927226_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Bantuan khas kewangan Aidilfitri
Bantuan khas kewangan Aidilfitri

Melaka belum benarkan perkhidmatan gunting rambut, pasar malam beroperasi semula
Kerajaan negeri mahu teliti dahulu SOP yang ditetapkan MKN dan KKM kerana negeri itu juga mempunyai SOP sendiri.

PKPB: Operasi kedai gunting, dandan rambut, salun kecantikan dibenarkan bermula 10 Jun
Pengusaha juga perlu menyediakan apron pakai buang yang berbeza untuk setiap pelanggan dan tidak boleh menggunakan tuala yang dikongsi.