awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Pekerja bahagian pengurusan, pengawasan diarah bekerja dari rumah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
20/10/2020
10:02 MYT
PKPB: Pekerja bahagian pengurusan, pengawasan diarah bekerja dari rumah
Arahan bekerja dari rumah akan mula berkuatkuasa 22 Oktober ini dan hanya akan tamat apabila pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah berakhir. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Pekerja sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan di kawasan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diarahkan bekerja dari rumah dan tidak perlu hadir ke pejabat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan tersebut mula berkuatkuasa 22 Oktober (Khamis) ini dan hanya akan tamat apabila pelaksanaan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah berakhir.
“KKM (Kementerian Kesihatan) sebelum ini mengumumkan terdapat sembilan kluster tempat kerja di negeri Selangor sehingga hari ini.
“Justeru, atas nasihat KKM, Sidang Khas MKN (Majlis Keselamatan Negara) bersetuju agar pekerja-pekerja bagi sektor awam dan pekerja swasta diperingkat pengurusan dan pengawasan tidak perlu untuk hadir ke pejabat dan hanya bekerja dari rumah (Work From Home),” kata Ismail Sabri dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Selasa
Beliau berkata, langkah tersebut diambil bagi membendung penularan wabak COVID-19 selain mengurangkan jumlah orang yang hadir ke tempat kerja mereka.
Katanya, arahan ini akan mengurangkan sebanyak satu juta pekerja daripada hadir ke pejabat.
“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) memaklumkan bahawa hampir 800,000 pekerja sektor industri akan terlibat dengan arahan ini.
“Arahan ini juga akan melibatkan seramai hampir 200,000 penjawat awam,” jelasnya.
Bagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan.
“Pihak majikan diarah untuk mengeluarkan surat pelepasan perjalanan bagi setiap kakitangan yang terpaksa bekerja di pejabat sepanjang tempoh ini.
“MITI akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan arahan ini dalam masa terdekat,” katanya.
Bagi mereka yang tinggal di zon merah dan perlu bekerja di pejabat, mereka perlu menjalani ujian saringan.
“Pekerja yang tinggal di kawasan zon merah perlu melakukan swab test dan jika pihak majikan mencarum dengan Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial), kos akan ditanggung,” katanya.
Topic Berkaitan
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#Bekerja Dari Rumah
#ujian swab
#perkeso
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan