Selepas hampir dua bulan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sudah pasti rakyat negara ini merindukan aktiviti riadah dan kegiatan luar.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas sempena Hari Pekerja hari ini memaklumkan kerajaan membenarkan aktiviti sukan yang tidak melebihi 10 orang mulai 4 Mei ini.

Antara aktiviti tersebut adalah badminton, tenis, joging, termasuk berbasikal dengan syarat orang ramai mengamalkan penjarakan sosial.

Berikut beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi bagi membolehkan sektor sukan dan rekreasi beroperasi.

1. Penjarakan Sosial

Jarak fizikal 1 meter di antara dua individu

- Memastikan penjarakan sosial 1 meter pada bila-bila masa.

- Penggunaan traffic cones (kon trafik) dan floor tape marking (pita penanda) sebagai panduan pelanggan/pengguna di mana bersesuaian.

Etika pengguna

- Aktiviti melibatkan kanak-kanak memerlukan pengawasan rapi ibu bapa/penjaga.

Bilangan pengguna

- Menghadkan bilangan pengguna bagi setiap sesi tertakluk kepada kesesuaian venue dan kawal selia
- Pemantauan oleh staf bertugas.

2. Dasar dan Peraturan

Penggunaan fasiliti

- Memastikan pematuhan terhadap SOP fasiliti.

Polisi dan komunikasi

- Memastikan notis dan papan tanda dipamerkan dengan jelas.

3. Pengoperasian dan Pentadbiran Organisasi Berkaitan Sukan

Operasi dan pentadbiran badan sukan, organisasi, kelab dan syarikat berkaitan sukan.

- Membenarkan operasi dan pentadbiran dengan pematuhan SOP semasa.

- Menggalakkan perancangan pembangunan sukan dan kemaskini perlembagaan badan sukan masing-masing.

Pendaftaran badan sukan

- Membenarkan pendaftaran baru badan sukan secara online

4. Kesihatan dan Kebersihan

Pembasmian dan Nyah Kuman Premis

- Proses sanitasi dan pembersihan perlu dilaksanakan tiga (3) kali sehari terutamanya di common space (kawasan umum) seperti: lobi, lif, kafeteria, bilik mesyuarat, surau, bas/pengangkutan pekerja, pusat rekreasi tertutup, tandas dan tempat pembuangan sampah / tong sampah.

- Syarikat hendaklah menjalankan proses sanitasi pembasmian kuman di kilang/premis setiap kali sebelum syif atau operasi bermula.

- Syarikat hendaklah menyediakan hand sanitizer di pintu masuk, semua kawasan umum dan tempat-tempat lain di dalam kilang/premis.

Penjarakan sosial dan tatacara keselamatan kesihatan pekerja

- Pemakaian face mask oleh setiap pekerja di kawasan umum adalah diwajibkan.

- Memastikan garis panduan amalan terbaik sosial / penjarakan sosial disediakan seperti tanda jarak 1 meter di lantai, meja dan kerusi dan dilaksanakan khususnya di kawasan-kawasan seperti production floor, kafeteria / kantin, bilik mesyuarat, surau, dewan serba guna (multipurpose hall) dan lain-lain yang berkenaan.

Protokol pencegahan penyakit dan sekatan

- Majikan perlu menyediakan protokol di tempat kerja yang meliputi pengawasan penyakit dan pencegahan penyebaran jangkitan mengikut standard yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Waktu beroperasi bermula 6.30 pagi – 7.00 petang (berperingkat), manakala waktu kehadiran pelanggan bermula 7.30 pagi sehingga 7 petang melibatkan 100 peratus kapasiti pekerja.