awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM jangka peningkatan ketara jumlah kemasukan murid kawasan bandar tahun depan - Fadhlina
Polis mohon reman ke atas dua individu terlibat Himpunan GARAH
Malaysia-India sepakat kukuhkan penggunaan ringgit-rupee dalam perdagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB: Rindu untuk pergi dandan rambut, solat berjemaah di masjid? Tunggu Sabtu ini...

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/06/2020
07:43 MYT
PKPB: Rindu untuk pergi dandan rambut, solat berjemaah di masjid? Tunggu Sabtu ini...
Ismail Sabri berkata, SOP kedai gunting rambut dan salun kecantikan turut akan dibentangkan Sabtu ini. Gambar hiasan
Nasib pelbagai sektor ekonomi dan kegiatan harian masyarakat akan diketahui pada 6 Jun ini apabila beberapa prosedur operasi standard (SOP) baharu dibentangkan oleh pihak berkaitan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk SOP membabitkan kedai gunting rambut serta salun dandanan dan kecantikan.
“SOP tentang kedai gunting rambut dan salun kecantikan difahamkan telah siap dan kita minta dibentangkan pada mesyuarat akan datang pada Sabtu.
“Begitu juga dengan pasar malam, ramai yang minta agar pasar malam dan pekan sehari dibuka... kita belum tengok SOP mereka, kita minta Majlis Keselamatan (MKN) pada Sabtu akan datang ini bentangkan (cadangan SOP), begitu juga dengan sembahyang berjemaah.
“Ada cadangkan bilangan jemaah ditentukan mengikut keluasan masjid itu... misalnya Masjid Putrajaya, kalau boleh penjarakan sosial satu meter mungkin bukan 30 orang, ia boleh muatkan 200 orang.
“Bagaimanapun, kita akan serahkan kepada menteri bahagian agama untuk bentangkan kepada mesyuarat supaya kita dapatkan pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Selasa.
Dalam sidang media sama, Ismail Sabri turut memaklumkan aktiviti melawat banduan di penjara tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).
Jelasnya, larangan itu bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan banduan.
Topic Berkaitan
#dandanan rambut
#ismail sabri yaakob
#kedai gunting rambut
#Kementerian Kesihatan
#keselamatan
#kesihatan
#KKM
#Media
#menteri
#Putrajaya
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan