Sektor pelbagai dan sektor perkhidmatan antara sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi bermula 4 Mei ini.

Bagi sektor pelbagai, ia meliputi kemudahan penginapan berpusat pekerja (CLQ); hostel atau asrama pekerja di sektor pembuatan dan lain-lain sektor.

Sektor ini akan beroperasi selama 24 jam dengan 100 peratus kapasiti pekerja.

Berikut prosedur operasi standard (SOP) Pembukaan Semula Ekonomi bagi sektor pembuatan dan pelbagai yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sektor Pelbagai

1. Penjarakan sosial

- Memastikan penjarakan sosial satu meter di tempat penginapan.

2. Penggunaan hand sanitizer atau pemberian serta pemakaian penutup hidung dan mulut

- Mewajibkan penggunaan hand sanitizer atau menyediakan kawasan mencuci tangan dengan sabun. Mewajibkan penghuni memakai penutup hidung dan mulut jika berada di kawasan tumpuan ramai.

3. Mengambil dan merekod suhu badan pekerja

- Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu setiap hari.

4. Pembersihan dan sanitasi bilik asrama, dewan makan, lobi, tandas, ruang gunasama, kafetaria, surau dan rekreasi.

- Menggunakan cecair pencuci untuk sanitasi pada setiap hari dan lebih kerap di kawasan gunasama sebanyak tiga kali sehari.

5. Susun atur meja kafe atau dewan makan

- Pengunaan meja dihadkan kepada dua orang untuk satu meja atau kedudukan berselang diantara satu tempat duduk. Kedudukan meja adalah didalam jarak satu meter.

Sementara, bagi sektor perkhidmatan ia masing-masing melibatkan pemasangan dan penyenggaraan jentera termasuk lif dan eskalator dan menara kren di tapak bina.

Ia akan beroperasi bermula 8 pagi hingga 6 petang (dan jika ada kecemasan), manakala waktu kehadiran pelanggan juga pada waktu sama.

Sektor Perkhidmatan (Lif dan eskalator)

1. Penjarakan sosial

- Memastikan penjarakan sosial satu meter semasa bekerja.

2. Penggunaan hand sanitizer atau pemberian serta pemakaian penutup hidung dan mulut

- Mewajibkan penggunaan hand sanitizer dan memakai penutup hidung dan mulut serta menyediakan sanitiser kepada pekerja.

3. Mengambil dan merekod suhu badan pekerja

- Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu setiap hari sebelum mula bekerja.

4. Pembersihan dan sanitasi bilik asrama, dewan makan, lobi, tandas, ruang gunasama, kafeteria, surau dan rekreasi

- Menggunakan cecair pencuci untuk sanitasi setiap kali sebelum aktiviti penyenggaraan.

Sektor Perkhidmatan (Menara kren di tapak bina)

1. Penjarakan sosial

- Memastikan penjarakan sosial satu meter semasa bekerja.

2. Penggunaan hand sanitizer dan pemberian serta pemakaian penutup hidung dan mulut

- Mewajibkan penggunaan hand sanitizer dan memakai penutup hidung dan mulut dan menyediakan sanitiser kepada pekerja.

3. Mengambil dan merekod suhu badan pekerja

- Mengambil dan merekod suhu badan pekerja pada awal waktu setiap hari sebelum mula bekerja.

4. Pembersihan dan sanitasi bahagian jentera yang terdedah

- Menggunakan cecair pencuci untuk sanitasi setiap kali sebelum aktiviti penyenggaraan.