awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPB wajar dilaksanakan semula - Pakar Kesihatan Awam

Hilmi Malik
Hilmi Malik
13/10/2020
04:10 MYT
PKPB wajar dilaksanakan semula - Pakar Kesihatan Awam
Pematuhan SOP perlu konsisten dari segi teknikal, kuarantin wajib, saringan dan sebagainya berbanding peraturan yang berubah-ubah yang mampu mengelirukan orang ramai. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Tindakan kerajaan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan kawasan di Selangor, Lembah Klang, Putrajaya, dan Sabah adalah sesuatu yang wajar dilaksanakan.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan UPM, Prof Madya Dr Malina Osman berkata, melihat kepada kes yang telah kembali meningkat, usaha itu perlu bagi melandaikan semula kes COVID-19.
“Saya mengalu-alukan pelaksanaan semula PKPB dalam mengekang penularan lebih buruk yang kita tidak dapat jangka, seperti musim PRN di Sabah yang lalu meskipun keadaan berjaga-jaga.
“Kita perlu memahami Kementerian Kesihatan telah memobilasi sebahagian kakitangan dan kita harapkan perkara itu tidak berulang di tempat lain,” katanya ketika ditemu bual menerusi Skype pada Selasa.
Mengulas mengenai tempoh PKPB yang akan dilaksanakan selama dua minggu, beliau berpendapat tempoh itu berkemungkinan tidak mencukupi dalam usaha untuk melandaikan semula kelok kes COVID-19.
Tambahnya, pihak yang berkenaan perlu memberi penekanan terhadap pengurusan wabak dari segi pematuhan SOP ketika PKPB.
“Pematuhan SOP perlu konsisten dari segi teknikal, kuarantin wajib, saringan dan sebagainya berbanding peraturan yang berubah-ubah yang mampu mengelirukan orang ramai,” katanya lagi.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam memutuskan PKPB dikenakan semula ke atas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini setelah melihat kepada situasi semasa penularan COVID-19 dalam negara.
Topic Berkaitan
#SOP
#Putrajaya
#Kuala Lumpur
#COVID-19
#PKPB
#KKM
#Selangor
#Majlis Keselamatan Negara
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan