SHAH ALAM:Kira-kira 3,550 pekerja yang tinggal di asrama pekerja Top Glove Meru, Klang akan menjalani ujian saringan COVID-19, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang Mohd Zainal Mohd Nor berkata 200 kakitangan pelbagai agensi antaranya polis, Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Angkatan Tentera Malaysia dan Pejabat Kesihatan Daerah Klang akan bertugas sepanjang proses saringan tersebut.
"PKPD ini dibahagikan kepada dua sektor kawasan iaitu sektor A dan B dengan keluasan keseluruhan sektor terlibat adalah enam hektar (15.6 ekar)," menurutnya dalam satu kenyataan semalam.
Mohd Zainal berkata sektor A melibatkan asrama pekerja wanita Top Glove dan kawasan perumahan sekitarnya meliputi Jalan Abadi 5 dan Jalan Abadi 1a Off Jalan Teratai, Meru, Klang.
Sektor B pula melibatkan asrama pekerja lelaki Top Glove dan kawasan perumahan sekitarnya meliputi Jalan Abadi 1A/KU8 dan Jalan Sesenduk 21 Off Jalan Teratai, katanya.
BACA: Hanya 5,700 pekerja sahaja terlibat dalam PKPD di asrama Top Glove
BACA: Top Glove sahkan 17 pekerjanya diuji positif COVID-19 sejak Januari
Pada Isnin, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD akan mula dikuatkuasakan di asrama pekerja Top Glove, Klang bermula semalam hingga 30 Nov.
Katanya, pelaksanaan PKPD di lokasi itu yang diputuskan pada sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Isnin, melibatkan pekerja kilang berkenaan yang menghuni asrama pekerja lelaki dan wanita serta penduduk di Jalan Abadi 1A/8, Jalan Abadi 1A dan Jalan Abadi 10A/KU8.
Sehingga Isnin, hasil saringan COVID-19 yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan di kawasan terbabit mendapati 215 kes positif COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020

Anggota tentera melakukan kawalan susulan PKPD di Jalan Abadi 1A Meru Klang yang bermula semalam. --fotoBERNAMA

COVID-19 | Ahli politik digesa bina pusat digital di rumah
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan menggesa semua ahli politik termasuk ahli Parlimen supaya membina pusat digital di rumah maisng-masing serta mengadakan sidang akhbar secara dalam talian bagi mengurangkan interaksi bersemuka.

Pesakit COVID-19 | Tiga hospital di Kedah dibuka
Kerajaan negeri Kedah menerusi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menjadikan tiga hospital di negeri itu sebagai pusat rawatan bagi menempatkan pesakit positif COVID-19 dalam menampung pertambahan jumlah pesakit yang ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar ketika ini.

Tindakan gantung Parlimen untuk halang suara rakyat dibahaskan - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim tegaskan penggantungan sidang Parlimen susulan pengisytiharan darurat adalah cubaan menghalang suara rakyat dibahaskan.

Calon SPM positif COVID-19, pelajar MRSM Lipis dikuarantin
Kumpulan pelajar MRSM Lipis yang bakal mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bulan depan dikuarantin sejak semalam selepas seorang calon didapati positif COVID-19.

Proklamasi Darurat mampu pulih ekonomi adalah kenyataan bercanggah, mengelirukan - Anwar
Anwar berkata, tindakan itu bukan sahaja bercanggah, bahkan turut mengelirukan rakyat.

COVID-19: 203 positif di Sarawak, kes tertinggi setakat ini
dengan 203 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini, kes keseluruhan di negeri itu kini berjumlah 2,570 kes.

Minyak masak 1 kilogram dihadkan tiga unit setiap pelanggan - KPDNHEP
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenakan peraturan itu berkuatkuasa 19 Januari lalu.

Penyataan mengenai Keperluan Rizab Berkanun
Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021.

Tiga lagi hospital di Kedah dijadikan pusat rawatan COVID-19 - Exco
Hospital yang terlibat adalah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani, Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.

Anwar dakwa majoriti ahli Parlimen sudah utus surat rayu Agong batal darurat
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa majoriti ahli Parlimen sudah mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda menggugurkan pengisytiharan darurat.

Kena PKP sekali lagi? Ini SOP yang perlu anda tahu
Enam negeri iaitu Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKPD di Amber Court, PPA Muar tamat esok
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas kes positif COVID-19 di kedua-dua lokaliti itu semakin terkawal.

PKP di seluruh negara, ini lima fokus sidang media Ismail Sabri pada Selasa
PKP dikuatkuasakan di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis bermula 22 Januari 2021 dan berakhir pada 4 Februari 2021.

PKPD Kampung Timbang Dayang, Kota Belud ditamatkan
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Proklamasi Darurat: ATM diberi kuasa menangkap, hospital swasta enggan beri kerjasama boleh didenda
Ismail Sabri Yaakob, berkata kuasa itu tertakluk sepanjang tempoh Ordinan Darurat berkuat kuasa hingga Ogos depan.

Dobi layan diri dibenar namun bersyarat, ini lima tumpuan sidang media Ismail Sabri
Hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 menyaksikan seramai 389 individu ditahan kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

PKPD di tiga kawasan di Johor tamat hari ini
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Kluang dan Kuarters Penjara Kluang, Johor diisytiharkan tamat pada hari ini.

PKP 2.0: Gerak kerja banci secara bersemuka disusun semula
Gerak kerja Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) secara bersemuka akan disusun semula berdasarkan tiga kategori pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TM beroperasi seperti biasa kecuali di kawasan PKPD, zon HSO
Di kawasan zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Perintah Pemerhatian Dan Pengawasan Di Rumah (HSO) hanya keperluan kritikal yang akan dilayani.

PKPD tamat di beberapa lokasi, ini 5 tumpuan kenyataan media Ismail Sabri
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (11 Januari 2020).