awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah ditamatkan pada 17 Okt - MKN

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2021
13:18 MYT
PKPD di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah ditamatkan pada 17 Okt - MKN
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah ditamatkan pada 17 Oktober seperti yang dijadualkan. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Pahang dan satu di Sabah ditamatkan pada 17 Oktober seperti yang dijadualkan.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan menamatkan PKPD di lokaliti terbabit dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa.
Dalam kenyataan media harian mengenai PKPD, Rodzi memaklumkan dua lokaliti di Pahang yang ditamatkan PKPD membabitkan Kampung Orang Asli Ulu Pareh di Bentong dan Kampung Orang Asli Sungai Kelang, Mukim Batu Talam di Raub.
Selain itu dalam kenyataan itu juga, beliau memaklumkan lokaliti di Sabah yang ditamatkan PKPD ialah Kampung Mokodou di Ranau.
Rodzi juga memaklumkan, tiada mana-mana lokaliti yang dilaksanakan atau dilanjutkan PKPD pada 16 Oktober.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#Majlis Keselamatan Negara
#MKN
#Rodzi Md Saad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan