awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Pusat Koreksional Jasin dan Kuarters Kakitangan bermula 22 Dis - 4 Jan 2021

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2020
10:03 MYT
PKPD di Pusat Koreksional Jasin dan Kuarters Kakitangan bermula 22 Dis - 4 Jan 2021
Sehingga 19 Disember lalu, KKM telah melaksanakan 1,251 ujian saringan termasuk saringan kedua serta ketiga dan sebanyak 133 kes positif COVID-19 telah direkodkan.- Gambar fail
KUALA LUMPUR:Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Pusat Koreksional Jasin dan Kuarters Kakitangan bermula 22 Disember 2020 sehingga 4 Januari 2021.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keputusan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau menjelaskan sehingga 19 Disember lalu, KKM telah melaksanakan 1,251 ujian saringan termasuk saringan kedua serta ketiga dan sebanyak 133 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"KKM turut mengesahkan berlaku peningkatan secara mendadak jangkitan COVID-19 dalam masa yang singkat di kalangan tahanan di pusat ini.
"Atas nasihat dan penilaian risiko oleh KKM, sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Jasin dan Kuarters Kakitangan bermula 22 Disember 2020 sehingga 4 Januari 2021.
"Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan 771 orang yang terdiri daripada 603 tahanan dan 168 kakitangan serta ahli keluarga," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dalam kenyataan itu juga, Ismail Sabri memaklumkan seramai 239 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan daripada jumlah itu 238 telah dikompaun manakala seorang lagi direman.
Beliau menjelaskan antara kesalahan ingkar arahan PKP yang dilakukan ialah seramai 77 individu gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal.
"Manakala 56 individu gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, 53 tidak memakai pelitup muka, 49 yang lain atas kesalahan aktiviti pusat hiburan dan empat lagi atas kesalahan lain-lain.
"Op Benteng yang dijalankan pada 20 Dis menahan 25 pendatang tanpa izin (PATI) serta merampas tiga buah kenderaan darat.
"Pada 20 Dis juga sebanyak 114 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan," katanya lagi.
Anggota penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat pemeriksaan di empat tapak binaan di seluruh Malaysia dan kesemua tapak binaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#perintah kawalan pergerakan diperketat
#PKPD
#ismail sabri yaakob
#Pusat Koreksional Jasin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan