awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di semua taman perumahan mukim Sungai Seluang, Kulim - Ismail Sabri

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
25/11/2020
08:25 MYT
PKPD di semua taman perumahan mukim Sungai Seluang, Kulim - Ismail Sabri
KKM akan melakukan saringan bersasar kepada penduduk terlibat dan bekalan makanan akan dikordinasikan Pusat Kawalan Bencana Negeri. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Taman-taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim, Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari, bermula 27 November.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu akan dikuatkuasakan sehingga 10 Disember.
"Sebanyak 197 ujian saringan bersasar dilakukan setakat ini, di mana 50 kes positif dikesan di lokaliti ini. Berdasarkan penilaian dan risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM), sidang khas hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPD di taman-taman perumahan Mukim Sungai Seluang Kulim, Kedah," katanya dalam sidang media pada Rabu.
Pelaksanaan PKPD itu akan melibatkan 1,412 rumah dengan anggaran 6,000 penduduk.
Taman perumahan yang terlibat ialah Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkung, Taman Kangkung 1 dan 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi dan Taman Seri Limau.
Dengan pelaksanaan ini, katanya semua penduduk perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan termasuk tiada aktiviti keluar masuk kecuali kes kecemasan.
"Sama seperti SOP PKPD lain. Boleh rujuk laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN)," tambahnya lagi.
KKM katanya akan melakukan saringan bersasar kepada penduduk terlibat dan bekalan makanan akan dikordinasikan Pusat Kawalan Bencana Negeri.
"PDRM, RELA, MKN, PBT diberi kuasa untuk mengawasi keadaan dalam mematuhi SOP ditetapkan," kata beliau lagi.
Topic Berkaitan
#PKPD
#taman
#Mukim Sungai Seluang
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan