awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD di Ulu Lepar, Pahang dan Darulaman, Lubuk Kawah di Kedah - Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/05/2021
11:25 MYT
PKPD di Ulu Lepar, Pahang dan Darulaman, Lubuk Kawah di Kedah - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tempoh pelaksanaan PKPD di tiga kawasan terbabit bermula 18 Mei, hingga 31 Mei, 2021. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memutuskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Ulu Lepar, Mukim Gali, Raub, Pahang; serta di Bandar Darulaman dan Lubuk Kawah, Jitra, Kedah.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Berkata, tempoh pelaksanaan PKPD di tiga kawasan terbabit bermula 18 Mei hingga 31 Mei, 2021.
Dalam kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Bera itu berkata, kawasan Ulu Lepar telah merekodkan lapan kes positif, manakala Darulaman dan Lubuk Kawah telah mencatatkan 94 kes positif COVID-19.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati berlaku peningkatan ketara kes positif, serta kadar kebolehjangkitan yang tinggi di ketiga-tiga kawasan berkenaan.
“Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memudahkan KKM menjalan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat penularan jangkitan ke kawasan luar,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, PKPD di Windmills Condominium, Genting View Resort, dan Apartment Mawar, Genting Highlands, yang sepatutnya tamat pada 23 Mei, telah ditamatkan lebih awal iaitu hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu diambil susulan penilaian KKM yang mendapati terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.
Dalam pada itu, seramai 639 individu ditahan pada Sabtu, atas kesalahan ingkar SOP, di mana 586 dikenakan kompaun, dan 53 lagi direman.
Ismail Sabri berkata, antara kesalahan yang direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (152 kes) dan tidak patuh arahan PKP (109 kes).
Selain Itu, beliau berkata, kesalahan tidak memakai pelitup muka adalah sebanyak 103 kes, tiada penjarakan fizikal (100) kes, aktiviti pusat hiburan (25 kes), perjudian (12 kes), dan rentas daerah /negeri tanpa kebenaran (11 kes).
Mengenai Op Benteng, Ismail Sabri berkata, lima orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan, manakala dua kenderaan darat telah dirampas pihak berkuasa.
Op Sanitasi Awam pada sabtu menyaksikan 43 operasi sanitasi dilakukan meliputi 21 zon merah, zon jingga (2) dan zon kuning (3) di seluruh negara.
Selain itu, Ismail Sabri berkata, seramai 589 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Bagi saringan wajib pekerja warga asing pula, beliau berkata, seramai 48 warga asing telah menjalani ujian saringan dan tiada kes positif COVID-19 dilaporkan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PKPD
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#ulu lepas
#lubuk kawah
#darulaman
#Genting Highlands
#PKPD tamat
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#ujian saringan
#ingkar SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan