awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD digunakan untuk kawal mutasi D614G daripada merebak

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2020
08:07 MYT
PKPD digunakan untuk kawal mutasi D614G daripada merebak
Ismail Sabri berkata, PKPD digunakan untuk kawal mutasi D614G daripada merebak.
Kerajaan akan terus menggunakan kaedah kawalan melalui Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk mengekang virus COVID-19 termasuk mutasi jenis D614G merebak di negara ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu berkesan dan berjaya mengawal penularan virus berkenaan daripada tersebar ke lokasi lain.
"Yang pertama kerajaan mengawal dengan memperkenalkan PKPD supaya ia tidak merebak ke tempat lain. Setiap individu yang ada dalam kawalan (kawasan PKPD), kita membuat saringan," katanya dalam sidang media mengenai PKPP di bangunan Parlimen di sini pada Selasa.
Beliau memberi contoh kes Kluster Sivagangga yang berjaya dikawal selepas pelaksanaan PKPD.
"Misalnya di Kedah dan Perlis, Kluster Sivagangga, daripada 7,000 orang (penduduk di kawasan itu), lebih 6,000 sudah disaring dan dari segi kadar jangkitan hanya 0.76 peratus. Jadi kita lockdown awal-awal dan boleh kawal.
"Begitu juga Kluster Tawar, kluster di Ulu Tiram, kita lockdown, di mana orang luar tidak boleh masuk, dan orang dalam tidak boleh keluar, langkah ini berjaya serta difahamkan sampai hari ini tiada jangkitan baharu Kluster Sivagangga. Itulah tindakan kita, kita lockdown dan (buat ujian) swab semua, kita kesan kontak rapat mereka," ujar beliau.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#Kedah
#kerajaan
#koronavirus
#Kuala Lumpur
#menteri
#perintah kawalan pergerakan
#Perlis
#PKPD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan