PETALING JAYA: Polis Petaling Jaya menafikan dakwaan terdapat aktiviti memindahkan pekerja sebuah kilang dari asrama mereka di Mentari Court, di sini, petang semalam.
Perkara itu tular sejurus Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Rabu mengumumkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan (PKPD) di pangsapuri tersebut bermula tengah malam tadi hingga 14 Julai depan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, hasil pemantauan polis mendapati tiada sebarang aktiviti seperti dakwaan yang tular di media sosial.
Tegasnya, pekerja kilang yang menghuni asrama pekerja di situ masih berada di Mentari Court.
Pihaknya turut mendapatkan penjelasan dari wakil pengurusan kilang terbabit yang membuat penafian mengenai insiden itu.
Polis, katanya, telah melakukan pemeriksaan dan pemantauan di lokaliti berkenaan beberapa jam sebelum PKPD dilaksanakan.
Ia membabitkan 60 peratus penghuni warga tempatan dan 40 peratus warga asing yang kebanyakannya bekerja di kawasan industri SS8 Petaling Jaya.
"Sebelum PKPD dilaksanakan, kalau tengok dalam SOP Pemulihan Negara, mereka bebas bergerak dalam radius 10 kilometer, tiada halangan.
"Tetapi bila PKPD dilaksanakan, masa itu sekatan akan dikenakan dan mereka yang langgar sekatan itu kita akan kenakan tindakan undang-undang, tidak ada.
"Apabila kami justify kepada syarikat itu, berlaku salah faham di antara syarikat dan juga penghuni di Mentari Court petang tadi. Kita dah selesaikan," kata Mohamad Fakhrudin.
Difahamkan, pengurusan kilang terbabit turut mengeluarkan notis kepada semua pekerja yang tinggal di asrama pekerja di Mentari Court meminta mereka berada di unit pangsapuri masing-masing sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.
Terdahulu tular di media sosial gambar tangkap layar mendakwa mesej daripada pengurusan kilang yang meminta warden asrama menyampaikan pesanan kepada pekerja yang menghuni asrama di Mentari Court agar menyiapkan pakaian untuk 10 hari.
Mereka dikatakan akan dipindahkan ke sebuah lokasi lain sebelum PKPD bermula esok agar tidak terkurung dan seterusnya menjejaskan operasi kilang.
Dalam pada itu, 17,000 penduduk dari tujuh unit pangsapuri berkenaan dikawal ketat sejak jam 12 malam tadi.
PKPD di lokaliti berkenaan yang membabitkan kawasan seluas 1.6 kilometer persegi akan dipantau rapi oleh 84 pegawai dan anggota dari PDRM serta dibantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Pemasangan dawai kawad berduri akan dipasang pagi nanti.
Ujian saringan COVID-19 akan dilakukan Jumaat ini selama tiga hari.
Tiga lokaliti di daerah Petaling, Selangor antara tujuh lokaliti di seluruh negara yang dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula Khamis hingga 14 Julai ini melibatkan Mentari Court, PJS 8, taman perumahan SS 91a, Sungai Way, dan pangsapuri Westlite–PKNS.
Astro Awani
Wed Jun 30 2021
Mohamad Fakhrudin berkata hasil pemantauan polis mendapati tiada sebarang aktiviti seperti dakwaan yang tular di media sosial. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
COVID-19: Kes di Damai Apartment ada kaitan PKPD di Mentari Court - Pegawai Daerah
Pihaknya percaya ada individu yang sempat keluar sebelum PKPD di Mentari Court dilaksanakan pada 1 Julai lalu.
PKPD tamat, penduduk Mentari Court raikan 'kebebasan' mereka
Sebahagian penghuni apartmen itu turut dilihat memancarkan lampu dari tingkap rumah masing-masing sebagai simbolik meraikan kebebasan.
PKPD Mentari Court: 'Hanya salah faham' - Polis nafi dakwaan pindah pekerja kilang
Mohamad Fakhrudin berkata hasil pemantauan polis mendapati tiada sebarang aktiviti seperti dakwaan yang tular di media sosial.