awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD: Program vaksin penduduk Mentari Court ditunda esok

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/07/2021
07:45 MYT
PKPD: Program vaksin penduduk Mentari Court ditunda esok
Johary Anuar menjelaskan, saringan yang melibatkan 17,000 penduduk membabitkan 3,469 unit kediaman di kawasan itu masih belum selesai setakat Ahad. - Foto Astro AWANI
PETALING JAYA: Kumpulan pertama pelaksanaan vaksin dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang melibatkan penduduk Apartment Mentari Court, Sunway Mentari di sini yang sepatutnya bermula hari ini, ditunda esok.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Petaling Jaya, Datuk Johary Anuar menjelaskan, ia berikutan saringan yang melibatkan 17,000 penduduk membabitkan 3,469 unit kediaman di kawasan itu masih belum selesai setakat Ahad.
"Setakat ini, Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya hanya dapat menyelesaikan empat blok iaitu blok A, B, C dan D melibatkan 5,177 orang.
"Baki penduduk di blok E, F dan G akan menjalani saringan hari ini. Sebaik selesai, kita akan mulakan program vaksinasi esok," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Menurut Johary, kesemua penduduk yang disahkan negatif saringan COVID-19 akan menerima suntikan vaksin.
Katanya, jika berjaya modul projek perintis itu akan diguna pakai untuk kawasan PKPD di Selangor yang lain, pada masa akan datang.
Inisiatif kerajaan negeri itu pertama kali dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dalam usaha mencapai imuniti kelompok.
[TERKINI] COVID-19 | Tinjauan PKPD Selangor, KL
Topic Berkaitan
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#program vaksinasi
#imuniti kelompok
#Petaling Jaya
#PPV
#COVID-19
#vaksin
#Apartment Mentari Court
#Pengerusi Jawatankuasa Bencana Petaling Jaya
#Johary Anuar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan