awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Rumah Sewa Anong, Baverly Hills, Bintulu dilanjutkan - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2021
09:19 MYT
PKPD Rumah Sewa Anong, Baverly Hills, Bintulu dilanjutkan - Ismail Sabri
Kata Ismail, sebanyak 88 operasi sanitasi dilakukan meliputi 26 zon merah, lima zon jingga, 10 zon kuning dan lima zon hijau di seluruh negara. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Baverly Hills, Bintulu, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 18 Mac dilanjutkan sehingga 25 Mac 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 85 kes positif COVID-19 direkodkan.
"KKM juga telah melaksanakan ujian saringan kedua COVID-19 dan masih lagi menunggu keputusan.
"Sehingga kini, KKM mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan kalangan penduduk di rumah sewa terbabit," katanya dalam kenyataan media pada Rabu.
Dalam pada itu katanya, 125 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
"Daripada jumlah itu, 111 telah dikompaun manakala 14 direman.
"Antara kesalahan ingkar SOP adalah rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (43), tidak memakai pelitup muka (29), gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (28), tiada penjarakan fizikal (11), ingkar arahan kuarantin (5), aktiviti pusat hiburan (1) dan lain-lain (8)," ujarnya.
Katanya lagi, Operasi Benteng telah menangkap 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah kenderaan darat.
Sementara itu katanya, sebanyak 88 operasi sanitasi dilakukan meliputi 26 zon merah, lima zon jingga, 10 zon kuning dan lima zon hijau di seluruh negara.
Ujarnya lagi, seramai 3,567 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada Selasa dan daripada jumlah itu, 35 didapati positif.
Secara kumulatifnya tegas Ismail, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 627,010 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 32,425 majikan.
Topic Berkaitan
#SOP
#KKM
#COVID-19
#PKPD
#PKPB
#pati
#perintah kawalan pergerakan
#Rumah Sewa Anong
#Rumah Sewa Baverly Hills
#Bintulu
#Menteri Kanan Pertahanan
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan