awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKPD Simpang Renggam ditamatkan Selasa - Ismail Sabri

Fareez Azman
Fareez Azman
27/04/2020
07:19 MYT
PKPD Simpang Renggam ditamatkan Selasa - Ismail Sabri
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Putrajaya. - Gambar Fail
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang, Johor akan ditamatkan Selasa.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu merangkumi kesemua sekatan yang dikenakan terhadap penduduk di kawasan itu.
"Segala sekatan lockdown dan sebagainya akan ditarik balik di PKPD Simpang Renggam," katanya dalam sidang media di Putrajaya.
PKPD Simpang Renggam dikuatkuasakan pada 27 Mac lalu selepas 61 penduduk di dua kawasan itu dikesan positif COVID-19.
Ia melibatkan lebih 3,570 penduduk tempatan daripada 700 keluarga di dua kampung terbabit.
Dalam sidang media yang sama, Ismail menjelaskan PKPD di Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor yang melibatkan pusat tahfiz dan sebuah rumah dilanjutkan tempoh untuk satu minggu lagi iaitu sehingga 5 Mei depan.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#keselamatan
#Kluang
#Penduduk
#PKPD
#sekatan
#Sg Lui
#Simpang Renggam
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan