Seramai 50 individu yang gagal memakai pelitup muka dan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah antara 101 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada Khamis.

Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan akhbar, hari ini (Jumaat, 18 September 2020):

1. PDRM membuat 56,758 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

2. PDRM menahan 101 individu atas pelbagai kesalahan, 15 individu direman.

3. Sebanyak 88 PATI, empat tekong dan satu penyeludup ditahan menerusi Operasi Benteng.

4. Dari 24 Julai hingga 157September lalu, 30,314 individu memasuki Malaysia. Daripada jumlah itu, 9,350 individu sedang menjalani kuarantin wajib.

5. Sebanyak sembilan premis tidak mematuhi SOP diberi nasihat.