Pembukaan ekonomi secara berperingkat dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah membolehkan rakyat dan perniagaan mula menjana pendapatan dan membayar semula pinjaman kewangan mereka.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, oleh itu langkah seterusnya yang boleh diambil ialah pertolongan secara lebih bersasar kepada golongan yang masih memerlukan.
"Perbincangan bersama bank-bank tempatan (masih dijalankan) untuk pertolongan lebih bersasar termasuk memanjangkan tempoh pembayaran yang akan mengurangkan ansuran bulanan, mengubah terma dan syarat serta mengurangkan kadar faedah sehingga peminjam stabil," katanya.
Sehubungan itu, Tengku Zafrul menegaskan bahawa penangguhan pembayaran balik moratorium bank adalah untuk tempoh enam bulan sahaja dan ianya akan berakhir pada hujung September.
Beliau berkata demikian ketika menjawab sesi pertanyaan Menteri daripada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan serta soalan tambahannya berkenaan pelaksanaan inisiatif seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara dan moratorium.
Menurut Kementerian Kewangan, moratorium bayaran balik pinjaman oleh institusi kewangan yang bermula sejak 1 April, 2020 dianggarkan berjumlah kira-kira RM51.4 bilion setakat 6 Julai, 2020.
Di bawah inisiatif PRIHATIN, kerajaan telah memperuntukkan RM100 bilion untuk moratorium.
Pendekatan moratorium secara bersasar telah diambil oleh kerajaan di kebanyakan negara di dunia seperti Singapura, Thailand, Itali dan Amerika Syariakat.
Pelaksanaan moratorium secara menyeluruh boleh memberi tekanan tambahan terhadap sistem kewangan dari segi menjejaskan aliran tunai akibat daripada masalah peningkatan pinjaman tidak berbayar. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 21 2020
Tengku Zafrul menegaskan bahawa penangguhan pembayaran balik moratorium bank adalah untuk tempoh enam bulan sahaja dan ianya akan berakhir pada hujung September. - Gambar fail
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Tun Daim banyak bakti kepada negara - Fahmi
Allahyarham Tun Daim Zainuddin banyak berbakti kepada negara terutamanya ketika krisis kewangan pada dekad 1980-an, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzli.
Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak dalam memperkasa Ekonomi MADANI - Amir Hamzah
Kerajaan akan terus memperkasakan Ekonomi MADANI dengan mengambil kira pelbagai pandangan dan cadangan daripada semua pihak.
Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah
Perkembangan tersebut berdasarkan analisa perbankan yang melihat pertumbuhan positif ekonomi negara selain keyakinan pelabur terhadap syarikat tempatan.
PM Anwar kekal pendirian tidak ambil gaji
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan yang disandangnya sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.
Skim gaji baharu penjawat awam akan diumum sebelum akhir 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun hadapan.
Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah
Kerajaan tidak berdepan sebarang masalah untuk membentangkan usul melantik wakil dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi
Mohamad berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.
Dewan Rakyat bincang isu wang tidak dituntut hari ini
Sidang Dewan Rakyat akan bincang mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 serta cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut.
Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia
Bekas Menteri Kewangan Britain, Nigel Lawson meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari
Kerajaan menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.