PROGRAM Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan dalam melakukan reformasi percukaian dalam meningkatkan kutipan hasil kerajaan untuk pembangunan negara.

Program ini antara lain bertujuan menggalakkan pembayar cukai untuk tampil mengisytihar pendapatan secara sukarela di mana-mana pejabat LHDN seluruh negara bermula 3 November 2018 hingga 30 Jun 2019.

Pembayar cukai diseru merebut peluang membuat pengisytiharan pendapatan dalam tempoh yang diberikan bagi menikmati kadar penalti yang jauh lebih rendah iaitu 10 peratus hingga 15 peratus daripada amaun cukai yang kena dibayar.

Ini lima perkara yang patut anda tahu tentang program khas ini:


Infografik