PKR dan DAP sudah mula membuli PAS membuatkan parti Islam itu sekarang kelihatan seperti terpinga-pinga, kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata jika dahulu PAS mangsa buli UMNO, sekarang mereka dibuli rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat
"Hari ini, selain UMNO, PKR dan DAP mula nak buli PAS.
"Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tak tahu nak sentuh yang mana satu. Semua macam tak menjadi," katanya dalam tulisan akaun Facebook miliknya.
Katanya, biarpun PAS menegaskan akan kekal bersama Pakatan Rakyat, namun mereka tetap dibuli oleh rakan-rakan dalam gabungan pembangkang itu.
"Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS. PAS ni tak berapa 'ganas' mana agaknya.
"Dibuli pun dia buat muka selamba je. Melawan pun macam tak melawan mana,"coret beliau.
Anak Mursyidul Am PAS itu berkata, sudah menjadi lumrah PAS dibuli, ketika susah diminta tolong tetapi bila senang ditinggalkan.
Beliau juga mengibaratkan PAS seperti orang miskin yang sentiasa menjadi mangsa buli.
"PAS daripada awal penubuhannya lagi adalah parti yang sering dibuli musuhnya. Dahulu teruk dibuli. Kini pun teruk PAS dibuli musuhnya tidak habis-habis lagi.
"Pembulinya kadang-kadang rakan mereka juga. Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli," tulis beliau lagi.
Nik Abduh berkata ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu pertukaran menteri besar di Selangor.
Malah beliau menyindir sikap pemimpin Pemuda DAP Sarawak yang mengisytiharkan menamatkan kerjasama dengan PAS di negeri itu.
"Ada pemimpin DAP yang kata PAS akan dihukum rakyat akibat isu Selangor yang kelihatannya sedang menuju titik koma, bukan noktah lagi.
"PAS akan tamat riwayatnya di Selangor dan Malaysia. Di Sarawak, bukan main lagi DAP isytihar tak nak berkawan lagi dengan PAS," katanya.
Nik Abduh menyamakan DAP seperti UMNO yang megah bila mempunyai kuasa dan mengingatkan rakannya itu supaya tidak suka membuli.
"Macam Umno juga DAP ini.
"Gembira dan megah sangat bila sudah ada kuasa. Maklumlah, lama jadi pembangkang bersama PAS, baru penggal lepas DAP mula dapat kuasa memerintah, sedangkan PAS yang hidupnya sering dibuli sudah lama berkuasa di Kelantan dan Terengganu.
"Diungkit-ungkit kisah kegagalan PAS sampai lupa pula kisah kejayaan dan kebaikan PAS di samping kegagalan mereka sendiri.
"Saya hanya nak nasihatkan DAP agar janganlah suka membuli. Nanti jadi bongkak. Bila dah bongkak, rakyat akan marahlah," katanya.
Selain DAP, Nik Abduh juga berkata PKR juga turut mengambil kesempatan membuli PAS tetapi tidak menjadi kerana masalah dalaman parti itu.
"PKR pun hendak buli PAS macam DAP juga. Sambil mencuri sambil membuli.
"Nasib baik dalaman PKR tidak berapa kuat macam DAP. Ada masam muka sesama mereka. Maka buli mereka, walaupun pedih, tetapi paling tidak menjadi. Tidak macam DAP, apatah Umno. Syukurlah," tulis beliau.
Beliau mengingatkan DAP dan PKR bahawa PAS tidak mati kerana teras perjuangannya berteraskan Islam yang diperjuangkan selama ini.
"DAP perlu tahu PAS takkan mati. Nyawanya masih panjang. Kalau Umno pun tidak mati lagi, macam mana PAS hendak mati? Kalau PAS mati, siapa akan perjuangkan Islam? Umno? PKR? DAP?
"PAS takkan mati sebab nyawanya Islam. Islam bukan bermula 1951. Ia bermula lebih 1400 tahun lepas. Masa tu ideologi yang diperjuangkan DAP masih berada di lapis bumi yang ke-5, kalau pun tidak yang ke-7. Tiada orang lagi masa itu yang mahu gali dan berjuang untuk ideologi itu," katanya.
Kemelut politik di Selangor menyaksikan PAS dikecam hebat rakan mereka dalam Pakatan Rakyat hingga DAP menggelar tiga exco parti Islam itu sebagai pengkhianat kerana kekal bersama pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Selepas Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali dilantik, PAS kehilangan satu kerusi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Selangor.
Selepas hilang satu kerusi exco di Selangor, PAS terus malang apabila bendahari PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di negeri itu.
Dalam keadaan hilang satu kerusi exco di Selangor dan jawatan dalam PBT di Pulau Pinang, DAP Sarawak pula mengumumkan untuk menghentikan kerjasama dengan PAS akibat salah faham ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Ketua Pemuda PAS Ir Khairil Nizam Khiruddin.
Astro Awani
Sun Sep 28 2014
Selain DAP, Nik Abduh juga berkata PKR juga turut mengambil kesempatan membuli PAS tetapi tidak menjadi kerana masalah dalaman parti itu. - Foto Fail
Tumbangnya rejim Assad buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Kejatuhan pemerintahan Baath di Syria minggu ini telah membuka jalan kepada keamanan dan keselamatan di negara itu.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Rabu yang turut mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Lima pegawai, anggota PGA tolak sogokan RM50,000
Lima pegawai dan anggota dari Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada Rabu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Penghargaan itu diberikan atas tindakan mereka menolak sogokan berjumlah RM50,000 ringgit ketika penugasan OP Taring Wawasan di Kelantan, Isnin lalu.
Pesawah diminta daftar STTP untuk pampasan bencana alam
Sehubungan itu, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta wakil rakyat memainkan peranan untuk membantu pesawah di kawasan masing-masing berdaftar dengan STTP supaya setiap daripada mereka dilindungi insuran diperkenalkan AgroBank.
Pengambilan guru dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Menurut Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, urusan pengambilan guru adalah dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku pihak berkuasa yang melantik dan guru yang berminat perlu mendaftar dalam portal MySPP.
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Semua calon guru akan melalui proses yang sama dan digalakkan untuk membuat permohonan di MySPP dan akan diberi perhatian dalam semua aspek semasa sesi temuduga.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
98 peratus pengisian guru di Sarawak setakat 11 Disember
Sepanjang 2024, KPM berjaya menempatkan seramai 13,749 orang guru baharu lantikan tetap dan lantikan Contract of Service bagi sekolah rendah dan menengah ke seluruh negara.
Pengguna iPhone kini boleh kongsi fail dengan pantas ke peranti Windows seakan Airdrop
Pengguna iPhone Kini Boleh Kongsi Fail Dengan Pantas Ke Peranti Windows Seakan AirDrop
Banjir: Arus deras ranapkan kediaman didiami enam beranak
Asmah Ibrahim, 64 tahun tidak menyangka rumah batu yang didiami sejak puluhan tahun itu ranap dek kerana banjir kali ini.
Banjir: Sukarelawan berbakti buat mangsa walau diri sendiri terjejas
Bagi sukarelawan meskipun rumah dan barangan sendiri 'ditelan' bah namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk membantu mangsa terjejas termasuk membuka pusat pemindahan segera bagi memudahkan urusan mangsa.
Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
AS salur RM442,817 bantuan untuk mangsa banjir di Malaysia
Kerajaan Amerika Syarikat melalui USAID menyalurkan sumbangan berjumlah RM442,817 bagi menyokong usaha bantuan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.