SUKAN
Shahidan menang tanpa bertanding pemilihan jawatan presiden Persekutuan Renang Malaysia

Shahidan secara tidak rasminya diangkat selaku presiden selepas menang tanpa bertanding kerana tiada individu lain yang mencabarnya. - Stadium Astro
PERSEKUTUAN Renang Malaysia (MAS) menyaksikan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, memenangi jawatan presiden badan induk sukan itu untuk penggal 2025 hingga 2027 sebelum bermulanya Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan dijalankan pada 27 Jun ini.
Ringkasan AI
- Shahidan Kassim kekal sebagai Presiden MAS untuk penggal 20252027 selepas menang tanpa bertanding, menjadikan beliau terus memegang jawatan yang disandang sejak 1995.
- Pemilihan dilakukan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 27 Jun, apabila tiada pencalonan lain diterima untuk jawatan presiden.
- Karim Ibrahim kembali memimpin Olahraga Malaysia (MA) selepas bekas presiden menarik diri daripada mempertahankan jawatan, menewaskan Datuk Mark Ling.
Terdahulu, bekas Presiden Olahraga Malaysia (MA) itu mengambil keputusan menarik diri pada saat akhir sebelum pemilihan AGM berlangsung, sekali gus tidak mempertahankan jawatannya yang sudah disandang sejak 2022.
Ini menjadikan Karim Ibrahim kembali ke MA mengisi kekosongan tersebut menewaskan Datuk Mark Ling. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami