Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap pelantikan bekas menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai penasihat kepada Perdana Menteri dalam isu wanita umpama melancarkan 'produk kitar semula'.
Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata pelantikan Shahrizat tidak membawa sabarang nilai tambah dalam isu-isu wanita malah ia membebankan wang pembayar cukai.
Katanya, sebagai penasihat kepada Perdana Menteri, Shahrizat akan dibayar elaun dan kemudahan lain dengan menggunakan wang pembayar cukai.
"Saya tidak nampak apa keperluan untuk mengeluarkan produk kitar semula terutama apabila melibatkan penggunaan wang pembayar cukai.
"Shahrizat sebelum ini telah gagal mengetengahkan agenda wanita ketika menjadi menteri, dan sekarang sudah ada seorang menteri yang menjaga hal ehwal wanita, jadi untuk apa lagi dilantik seorang yang terpalit dengan isu rasuah?" kata ahli parlimen Kuantan kepada wartawan selepas pertemuan tertutup pemimpin PKR dan SPRM di Bangunan Akademi Pencegahan Rasuah disini, hari ini.
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilaporkan akan dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri dalam isu berkaitan wanita.
Beliau dikatakan akan memegang jawatan bertaraf menteri dan dilihat mampu mengembalikan sinar dalam karier politiknya yang sebelum ini diasak hebat kontroversi National Feedlot Corporation (NFC) melibatkan anggota keluarganya.
Ia juga mendorong Shahrizat tidak bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Shahrizat sebelum ini pernah dilantik sebagai penasihat khas kepada Perdana Menteri berhubung hal ehwal pembangunan wanita dan sosial pada 2008, walaupun beliau tewas dalam PRU12 pada tahun itu.
Beliau kemudian dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2009 selepas beliau memenangi jawatan ketua wanita dengan menewaskan penyandang Tan Sri Rafidah Aziz.
Irwan Muhammad Zain
Wed Aug 21 2013
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.
Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.
KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan
KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga termasuk produk bergula.
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
KPDN perluas kempen ‘JOM KOSONG' secara berperingkat
KPDN akan memperluas kempen 'JOM KOSONG' secara berperingkat dalam usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ramai yang layak belum daftar Budi Madani MySubsidi diesel - Fuziah
Fuziah berkata berdasarkan data terkini, hanya 259,141 daripada 410,000 kenderaan yang layak sudah memohon di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat pagi Ahad.
Usaha berterusan mengawal inflasi pasca penguatkuasaan subsidi - Fuziah
Kerajaan giat laksana pemantauan dan penguatkuasaan harga barangan bagi memastikan subsidi yang disasarkan dapat membantu mengawal inflasi.