awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR Sarawak dijangka bincang strategi hadapi PRN malam ini

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
05/11/2021
04:54 MYT
PKR Sarawak dijangka bincang strategi hadapi PRN malam ini
Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata PKR Sarawak mempunyai jentera di semua kawasan Parlimen dan DUN yang akan ditandingi parti itu - Foto PKR Sarawak
KUCHING: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak dijangka membincangkan mengenai perkembangan terkini berhubung Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak dalam mesyuaratnya malam ini.
Pemangku pengerusinya, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata mesyuarat itu akan diadakan secara maya tanpa menyatakan masanya.
Abang Zulkifli turut memaklumkan PKR sentiasa bersedia menghadapi PRN12.
“Kami mempunyai jentera di semua kawasan Parlimen dan DUN yang PKR akan bertanding.
“Saya sendiri telah melawat bakal calon di semua kawasan untuk menilai kesiapsiagaan mereka di lapangan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Beliau pada masa sama tidak menafikan peraturan tiada kempen fizikal yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Melaka sekiranya diguna pakai di Sarawak akan sedikit sebanyak menjejaskan perancangan PKR terutama di kawasan luar bandar.
“Prosedur operasi standard melarang kempen fizikal menjejaskan peluang untuk berkempen secara menyeluruh terutama di luar bandar.
“Namun kami tetap optimis kerana pergerakan telah dilakukan sejak dari awal di kawasan luar bandar,” katanya.
Jelas Abang Zulkifli, sebagai alternatif pihaknya akan memanfaatkan sepenuhnya ruang kempen secara digital menerusi media sosial juga boleh dimanfaatkan.
“Kebanyakan kawasan yang kami tandingi mempunyai akses internet, walaupun tidak stabil kita boleh guna kaedah lain termasuk menghantar risalah melalui jentera parti,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#PKR SARAWAK
#abang zulkifli abang engkeh
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan