awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR tidak telus isu DEIG - Khairy

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
22/08/2015
07:02 MYT
PKR tidak telus isu DEIG - Khairy
KHAIRY: Azmin seolah-oleh tidak bersikap telus kerana penjelasan berkenaan penubuhan DEIG hanya dibuat selepas ia didedahkan kepada umum.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Khairy memaklumkan, Azmin seolah-oleh tidak bersikap telus kerana penjelasan berkenaan penubuhan DEIG hanya dibuat selepas ia didedahkan kepada umum.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, mempersoalkan adakah Azmin akan memberi penjelasan berkenaan DEIG sekiranya perkara berkenaan tidak dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lepas.
"Seolah-olah ada 'udang di sebalik batu', sebab dia (Azmin Ali) hanya buat penjelasan apabila pendedahan dibuat.
"Kalau pendedahan tidak dibuat di sidang DUN Selangor, saya tidak tahu beliau akan jelaskan atau tidak," tegas Khairy.
Khairy turut menempelak PKR yang sebelum ini menuduh kerajaan tidak telus dalam isu 1MDB, sedangkan hakikatnya parti itu turut bersikap sama.
"Bagi kita isu 1MDB kita jelas. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata kita boleh siasat, siapa-siapa pun boleh siasat.
"Kita hantar kepada Parlimen, kita hantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kita telus sebab tiada apa yang nak disembunyikan," jelas Khairy.
Kebimbangan berhubung penubuhan DEIG dibangkitkan beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam Sidang DUN, termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Azmin pula, DEIG ditubuhkan Disember lalu bertujuan mengambil alih peranan Menteri Besar Incorporated (MBI) menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah perbadanan tersebut.
Azmin turut menjelaskan penubuhan DEIG dapat mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri, manakala MBI akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat dan tanggungjawab sosial korporat.
Topic Berkaitan
#DEIG
#DUN
#Khairy Jamaluddin
#MBI
#Mohamed Azmin Ali
#PKR
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan