awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKR umum 4 lagi lokasi perhimpunan Blackout 505

Hasbullah Awang Chik
Hasbullah Awang Chik
29/05/2013
06:51 MYT
PKR umum 4 lagi lokasi perhimpunan Blackout 505
Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengesahkan bahawa perhimpunan Blackout 505 akan diteruskan di beberapa buah lokasi lagi.
“10 Jun di Perlis, 11 Jun di Sungai Petani, 12 Jun di Kota Bharu dan 14 Jun di Batu Pahat. Sabah dan Sarawak akan dimaklumkan dalam jangka masa terdekat.
“Perhimpunan Blackout 505 menolak penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan menuntut reformasi pilihan raya," jelas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Johari Abdul yang membuat pengumuman tarikh itu di ibu pejabat parti berkenaan di Petaling Jaya.
Johari turut memaklumkan Blackout 505 masih mengemukakan tiga tuntutan utama.
“Pertama, anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru harus dilantik dan dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat (PR) dan masyarakat umum.
“Kedua, mengadakan pilihan raya semula di kesemua 30 kawasan parlimen yang diragui dengan bukti yang kukuh.
“Ketiga, menangguhkan sebarang pindaan undang-undang pilihan raya dan persempadanan semula sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dilantik," ujar Johari.
Perhimpunan Blackout 505 dimulakan di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu dan disusuli di beberapa negeri lain seperti Kedah, Pahang, Melaka, Terengganu dan yang terbaru di Petaling Jaya.
Terbaru, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi gambaran bahawa perhimpunan seperti itu tetap akan diteruskan meskipun mengakui bilangan pesertanya semakin berkurangan.
Polis telah pun memberi amaran bahawa perhimpunan tersebut tidak boleh dianjurkan kerana polis tidak pernah menerima notis 10 hari seperti yang diperuntukkan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman.
Topic Berkaitan
#blackout505
#Johari Abdul
#PKR
#Rafizi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan