SERDANG: Setelah 14 bulan memberikan khidmatnya, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 di sini, akan ditutup secara rasmi pada 8 Feb ini.
Difahamkan kumpulan pesakit COVID-19 terakhir yang menerima rawatan di PKRC itu sudah dibenarkan keluar semalam.
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata PKRC MAEPS 2.0 ditutup setelah didapati ia tidak lagi ekonomik dengan mengambil kira kos operasi dan jumlah pesakit yang semakin berkurang.
"Kami hanya tutup PKRC Bersepadu MAEPS 2.0, bukan semua PKRC. Kami komited memastikan sekurang-kurangnya ada satu PKRC beroperasi di setiap negeri. Kami akan bantu Kementerian Kesihatan (KKM) sepertimana yang mereka perlukan," katanya kepada Bernama hari ini.
NADMA adalah agensi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan PKRC di seluruh negara.
Menurutnya pada masa ini terdapat 51 PKRC beroperasi di seluruh negara dengan kapasiti keseluruhan 16,863 katil dan 4,061 pesakit sedang dirawat di PKRC berkenaan.
Aminuddin berkata cadangan menutup PKRC MAEPS 2.0 itu telah dibentangkan dan dipersetujui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.
MAEPS diaktifkan sebagai PKRC pada 16 April 2020, dengan pengambilan pesakit COVID-19 di pusat berkenaan hanya membabitkan pesakit bukan warganegara bagi kategori satu (tanpa gejala) serta kategori dua (gejala ringan), dan kemudian ditutup pada 15 Julai tahun yang sama.
Pada 9 Dis 2020, kerajaan memutuskan untuk mengaktifkan semula MAEPS sebagai PKRC susulan peningkatan kes COVID-19.
Pada 24 Jan tahun lepas ia dinaik taraf kepada PKRC Bersepadu MAEPS 2.0 setelah mula menerima pesakit kategori tiga (radang paru-paru) dan empat (bantuan pernafasan) dengan skala yang sederhana.
NADMA-PKRC 3 (AKHIR) SERDANG
Dalam tempoh 14 bulan itu, kira-kira 166,072 pesakit COVID-19 ditempatkan di PKRC MAEPS 2.0 yang terdiri daripada pesakit kategori satu hingga empat.
Sementara itu, Aminuddin berkata berikutan penutupan PKRC MAEPS 2.0, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor dan JPBN Wilayah Persekutuan bersetuju untuk membuka PKRC negeri yang lebih kos efektif sebagai alternatif.
Menurutnya pesakit kategori tiga hingga lima akan dimasukkan ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN), Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Rehabilitasi Cheras bagi kes-kes geriatric serta hospital lain sekitar Lembah Klang.
Kebanyakan pesakit dalam kategori satu dan dua pula menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Setelah 14 bulan memberikan khidmatnya, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 di sini, akan ditutup secara rasmi pada 8 Feb ini. - Gambar fail/BERNAMA

Banjir di Baling: Isytihar darurat bencana tahap i atau II - MB
Pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan Persekutuan.

ASEAN harus terus jadi gagasan yang dihormati, dipercayai - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, ASEAN juga memerlukan kombinasi mekanisme-mekanisme berbentuk dua hala, pelbagai hala dan bahkan minilateral

Gaji rendah punca kekurangan pekerja di restoran
Ramai anak muda lepasan SPM, diploma dan ijazah menganggur, tetapi pada masa sama, banyak industri dilaporkan tidak cukup pekerja.

Ketidaktentuan politik dan ekonomi memerlukan dunia amalkan semangat 'Keluarga Dunia' - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ekonomi dan politik dunia menghadapi pasca pandemik yang kompleks, selain persaingan antara kuasa besar dunia.

Polis tahan suspek tembakan rambang perarakan Hari Kemerdekaan AS
Polis mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 22 tahun, Robert E Crimo III, ketika dia cuba melarikan diri dalam sebuah kereta.

'Mak cik hanya ingat mati masa itu' - Warga emas cerita detik cemas berpaut pokok
Sebaik melihat air naik dengan cepat dan masuk ke dalam rumah, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran rumah mereka.

Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.

Harga Barang Naik | Peniaga mengeluh, mungkin gulung tikar
Segelintir peniaga di Terengganu khuatir terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu menampung kos operasi berikutan kenaikan harga barang serta kekurangan pelanggan. Mereka mendakwa, kenaikan harga barang menyebabkan orang ramai kurang berbelanja sekali gus menyebabkan pendapatan mereka merudum selain terpaksa menanggung kerugian.

Malaysia kekal pilihan pelabur runcit, menurut tinjauan 2022 CGS-CIMB
Tinjauan melibatkan 1,068 responden itu mendapati, 63% daripada pelabur runcit memilih Malaysia sebagai pasaran pilihan.

Banjir | Polis beri amaran sebar berita palsu ada kematian
Orang ramai terutamanya pengguna media sosial diingatkan tidak menyebarkan berita palsu mengenai kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di beberapa kampung sekitar Kupang, Baling. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memaklumkan, ia termasuk berita yang ditularkan mengenai kematian seorang mangsa akibat bencana berkenaan.

PKRC MAEPS kini dikenali PKRC ZWT, rawat Kategori 1, 2A, 2B
Pusat berkenaan kini dikenali sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT).

Pembukaan semula PKRC MAEPS bukan tanda 'red flag' - Khairy
Pembukaan semula Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) bukan petanda kes penularan berada pada tahap serius di negara ini.

PKRC MAEPS 2.0 ditutup secara rasmi 8 Feb ini
Setelah 14 bulan memberikan khidmatnya, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0, akan ditutup secara rasmi pada 8 Feb ini.

COVID-19: Pesakit berkurang lima kali ganda - Dr Shahabuddin
Trend penurunan positif itu berlaku sejak tiga ke empat minggu lalu, dengan jumlah pesakit memerlukan bantuan oksigen hanya 109 orang.

COVID-19: Loji pengisian oksiden di PKRC MAEPS pastikan bekalan oksigen stabil
Jika sebelum ini, perjalanan sehala untuk pengisian semula tong oksigen mengambil masa lebih sejam, kini tidak sampai 10 minit.

PKRC MAEPS terima lebih 100,000 pesakit COVID-19 sejak dibuka Disember 2020
Angka itu bukan satu kebanggaan pihaknya kerana ia memerlukan pengorbanan besar petugas barisan hadapan dalam memastikan pesakit mendapat rawatan terbaik.

COVID-19: NADMA sedia berdepan sebarang kemungkinan
Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA, Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya bersedia untuk meningkatkan dan mengemas kini kemudahan sekiranya terdapat keperluan.