awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKS disaran perkecil operasi perniagaan - DPIM

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
29/04/2020
06:41 MYT
PKS disaran perkecil operasi perniagaan - DPIM
Mohsein berkata, bagaimanapun usaha itu tidak melibatkan pemberhentian pekerja secara drastik. - Gambar DPIM
Pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disaran untuk memperkecilkan skala perniagaan bagi meneruskan kelangsungan dalam menempuh cabaran yang diakibatkan oleh pandemik COVID-19.
Naib Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohsein Mohd Sharif berkata, langkah itu bagi memastikan perniagaan mereka dapat diteruskan meskipun berdepan dengan masalah ekonomi tempatan dan dunia.
Katanya, bagaimanapun langkah itu tidak seharusnya melibatkan pemberhentian pekerja secara drastik.
"Hasil dapatan dan laporan yang diterima DPIM, memang dalam kalangan usahawan PKS sudah ada beberapa cadangan untuk urus semula perniagaan pada skala yang lebih kecil.
"Jadi apabila perkara ini berlaku, bermakna akan ada proses pengurusan sumber manusia melibatkan pemberhentian pekerja.
"Namun, buat masa ini, banyak PKS tidak melakukan pemberhentian serta merta. Cuma apa yang dilakukan sekarang ini hanya mengeluarkan notis berhubung keadaan semasa kewangan setiap perniagaan masing-masing," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
Mengulas lanjut, Mohsein berkata, sebanyak 50 peratus usahawan PKS memerlukan tempoh lebih enam bulan untuk menstabilkan perniagaan masing-masing.
Ini kerana, jelas beliau, hampir keseluruhan usahawan PKS menjana pendapatan secara bulanan untuk kelangsungan perniagaan.
"Ini yang menyukarkan mereka kerana untuk pastikan kelangsungan perniagaan yang stabil memerlukan aliran tunai yang sihat.
"Apabila pendapatan tidak dapat dijana dan pada masa sama mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk pastikan perniagaan berjalan, maka timbul tekanan buat PKS dalam meneruskan atau mengambil jalan menutup operasi," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#COVID-19
#ekonomi
#Islam
#koronavirus
#Malaysia
#operasi
#PKS
#presiden
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan