awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Platform e-dagang: KKMM belum bincang kenakan caj perkhidmatan 20 sen

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/09/2020
10:00 MYT
Platform e-dagang: KKMM belum bincang kenakan caj perkhidmatan 20 sen
Kenyataan yang dikeluarkan KKMM itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal yang dikeluarkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin. - Unsplash
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) belum mengadakan perbincangan berhubung pelaksanaan bayaran perkhidmatan kepada pengguna platform e-dagang.
Kenyataan yang dikeluarkan KKMM itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal yang dikeluarkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kelantan semalam (Selasa, 8 September).
BACA: Caj perkhidmatan 20 hingga 40 sen bagi pembelian dalam talian - Zahidi
"Merujuk kepada kenyataan yang dibuat pada 8 September 2020 di Kelantan, KKMM ingin menjelaskan bahawa belum ada perbincangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan kepada pengguna dalam platform e-dagang (pembelian dalam talian) sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 serta tambahan 20 sen bagi gandaan RM1,000 berikutnya," memetik kenyataan tersebut.
Kenyataan media dikeluarkan KKMM hari ini memaklumkan belum ada perbincangan berkenaan caj perkhidmatan e-dagang.
Kenyataan media dikeluarkan KKMM hari ini memaklumkan belum ada perbincangan berkenaan caj perkhidmatan e-dagang.
Ketika ditemui media dalam sebuah program di Bachok pada Selasa, Zahidi berkata kerajaan bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembelian yang dibuat secara dalam talian.
Ia termasuk transaksi melalui portal e-dagang seperti Lazada dan Shopee.
Kata Zahidi, kutipan wang berkenaan dapat digunakan kerajaan untuk menangani isu keselamatan siber yang menelan belanja tinggi.
Bagaimanapun, kenyataan beliau itu mendapat tentangan dan kecaman para pengguna platform tersebut termasuk Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa.
Service charge for online transaction?...no matter how much,GOVT HAVE NEVER MADE SUCH DECISION...ITS POLICY MATTER...if it comes to cabinet,I would surely object!
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 8, 2020
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#caj e-dagang
#caj perkhidmatan
#platform dalam talian
#Zahidi Zainul Abidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan