awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wartawan Iran menangis di PBB, gesa dunia bertindak lebih tegas
Menteri Pertahanan Belanda mohon maaf atas serangan udara maut 2015 di Iraq
Indonesia usul tambahan 21,000 polis hutan tingkatkan pengawasan hutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Platform media sosial tidak serius halang kanak-kanak bawah umur miliki akaun - Fahmi

Astro Awani
Astro Awani
10/08/2024
10:08 MYT
Platform media sosial tidak serius halang kanak-kanak bawah umur miliki akaun - Fahmi
Fahmi Fadzil, secara umumnya platform itu tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia berkenaan daripada memiliki media sosial, namun ia hanya sekadar garis panduan ditetapkan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pengendali plarform media sosial dikritik selepas dilihat tidak serius dalam usaha menghalang kanak-kanak bawah 13 tahun daripada memiliki dan menggunakan akaun media sosial media.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, secara umumnya platform itu tidak membenarkan kanak-kanak di bawah usia berkenaan daripada memiliki media sosial, namun ia hanya sekadar garis panduan ditetapkan.
"Isunya sekarang adalah platform media sosial ini hanya meletakkan syarat umur sebagai garis panduan.
“Mungkin ada beberapa perkara yang kita akan tegaskan tentang bagaimana nak mengelakkan kanak-kanak daripada mendaftar akaun media sosial.
"Kita tahu kadang-kadang mungkin ada kanak-kanak yang akan menggunakan pelbagai cara untuk memiliki akaun, sama ada meminta kawan yang berusia lebih tua untuk membuka akaun atau pelbagai cara lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 di Pusat Komuniti Lembah Pantai dekat sini pada Sabtu.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan memaklumkan, langkah lebih tegas perlu diambil bagi menyekat akses kanak-kanak daripada melayari platform berkenaan sekali gus membendung gejala pedofilia dalam talian.
Pada masa sama, beliau menasihatkan ibu bapa supaya sentiasa berjaga-jaga dari segi kerahsiaan maklumat anak-anak mereka.
"Sebagai contoh, jangan sebarkan anak pergi ke sekolah mana dan jadual mereka.
"Kita tidak mahu ada pihak ambil kesempatan atau penjenayah mendapat maklumat seperti ini," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan memberitahu, garis panduan tatalaku akan diwujudkan bagi kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan platform media sosial.
Garis panduan itu katanya kini sedang dirangka dan dijangka akan selesai pada Disember ini.
"Kita akan mulakan sesi libat urus dengan pemegang taruh untuk membina dan mewujudkan satu draf garis panduan tatalaku untuk platform media sosial yang akan dilesenkan," ujarnya lagi.
Menurutnya, garis panduan tersebut akan terguna pakai kepada semua platform media sosial yang mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#media sosial
#kanak-kanak bawah umur
#pedofilia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan