Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata pra-pesanan itu boleh dilakukan menerusi pautan https://orderdisini.plus.com.my/ dengan menggunakan telefon bimbit, komputer riba atau dengan melayari halaman Facebook PLUS Malaysia.
"Berikutan perjalanan dalam negeri dibenarkan di lebuh raya PLUS, orang ramai yang menggunakan lebuh raya untuk menziarah keluarga terdekat dalam negeri yang sama pada Hari Raya pertama boleh menggunakan perkhidmatan pra-pesanan makanan ini.
"Pesanan makanan boleh dilakukan lebih awal, sekali gus menjimatkan masa menunggu untuk penyediaan makanan," katanya.
Azman berkata inisiatif pra-pesanan ini dapat membantu perniagaan rakan niaga PLUS dan sosio-ekonomi masyarakat di mana lebuh raya PLUS beroperasi.
Pelanggan boleh menikmati menu pilihan di bawah 'Promosi Hidangan' dengan harga RM8 dan `Pek Hamper Raya' yang menggabungkan pelbagai produk yang sesuai untuk dijadikan hadiah ketika berkunjung ke rumah keluarga terdekat, katanya.
"Pembelian boleh dijalankan secara tunai atau transaksi dalam talian. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh melayari halaman Facebook PLUS Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 23 2020

Orang yang menggunakan lebuh raya boleh menggunakan kemudahan ini. -Bernama

Vaksin COVID-19 | Tidak salah kalau tidak suntik
Tiada kesalahan dalam peruntukan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 bagi individu yang menolak penerimaan suntikan vaksin COVID-19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang Dan Parlimen), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Kebangsaan dibuat secara percuma dan sukarela ke atas individu yang tersenarai.

Krisis COVID-19 | AirAsia teroka penghantaran guna dron
Teleport iaitu cabang logistik di bawah AirAsia Digital akan meneroka penggunaan dron untuk menghantar barang.

Politik | Ahli UMNO jangan hilang fokus
Ahli UMNO tidak harus hilang fokus ketika parti itu sedang berdepan kemelut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Kekeluargaan | KPWKM cadang kursus selepas kahwin
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan. Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, kementerian masih dalam peringkat untuk mempertimbangkan sama ada kursus itu wajib diambil oleh suami isteri tanpa mengira latar belakang agama dan sebaliknya.

Serangan Letupan | 10 maut, dalam letupan di Mogadishu
10 orang maut manakala lebih 30 yang lain cedera parah apabila sebuah kereta dipenuhi bahan letupan merempuh sebuah restoran popular di ibu kota Somalia pada Jumaat malam. Menurut jurucakap polis, Sadiq Ali, letupan itu adalah merupakan tindakan pengganas yang dikaitkan dengan golongan Al-Qaeda yang sering menyasarkan kawasan Mogadishu.

Lawatan Asia Barat | PM, isteri tiba di Riyadh
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Jeddah pada jam 5.31 petang waktu tempatan untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi.

Geologi | Lebih 50 tapak geologi akan dikaji di Lenggong
Lebih 50 tapak geologi di Lenggong dikaji untuk diperakukan sebagai Geopark Lembah Lenggong, sekaligus mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut. Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak, selepas Geopark Lembah Kinta.

Lemas | Remaja dibawa arus masih belum ditemui
Seorang remaja perempuan yang dikhuatir lemas ketika berkelah di Sungai Nenggiri, Kampung Pulau Setelu di Gua Musang, Kelantan pada Jumaat, masih gagal dijumpai pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat. Mangsa dikenali sebagai Nur Jannatul Alia Mohd Zamri dan berusia 13 tahun.

Teknologi VSAT | Bantu penduduk pedalaman Sabah berhubung dengan dunia luar
Penyediaan perkhidmatan teknologi satelit Very Small Aperture Terminal, V-SAT yang dilaksanakan kerajaan amat dinantikan penduduk di kawasan pedalaman Sabah.

10 Berita Pilihan - (06 Mac 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PLUS rugi RM400 juta dalam tempoh tiga bulan semasa PKP
Hasil PLUS kembali meningkat bermula 6 Jun selepas kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri.

Kemenangan berganda untuk PLUS dan ELITE, diiktiraf lebuh raya sistem tertutup terbaik
Kemenangan itu adalah bukti pengorbanan serta kerja keras pasukan PLUS, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.

PLUS tawar perkhidmatan pra-pesanan makanan di tiga lokasi
Pesanan makanan boleh dilakukan lebih awal, sekaligus menjimatkan masa menunggu untuk penyediaan makanan.

PLUS mantapkan operasi lebuh raya untuk perjalanan musim perayaan sewaktu PKPB
PLUS berkolaborasi dengan Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) untuk memastikan keselamatan lebuh raya dan penguatkuasaan undang-undang di beberapa plaza tol utama lebuh raya dipatuhi.

PLUS akan pastikan pengguna lebuh raya selamat sepanjang PKP
PLUS akan terus berganding bahu dengan semua pihak berkuasa penting ini dan bersedia sepenuhnya dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

PLUS tunda pelaksanaan tol RFID
PLU menunda pelaksanaan sistem kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di semua plaza tol sistem tertutup di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur.

Kawal emosi jika tersangkut dalam kesesakan lebuh raya - PLUS
Pemandu yang hendak pulang ke kampung perlu mengawal emosi seandainya tersangkut di dalam kesesakan di lebuh raya.

30 kertas siasatan berkaitan isu perkauman dibuka sejak Mei 2018
Sebanyak 30 kertas siasatan yang menyentuh isu perkauman telah dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Mei 2018 hingga 15 Sept lalu, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

PLUS terima pengiktirafan Penilaian Karbon Rendah Bangunan
Susulan itu, PLUS menjadi syarikat konsesi lebuh raya pertama di negara yang menerima pengiktirafan itu, kata Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail.

PLUS tunggu keputusan kerajaan ambil alih konsesi lebuh raya
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata ini sejajar dengan kedudukan PLUS sebagai sebuah syarikat konsesi yang telah memeterai perjanjian terbabit dengan kerajaan.