Skip to main content

Malaysia

PM Anwar akan bangkitkan isu tanah Orang Asli kepada Kerajaan Negeri Pahang

Saya sempat berhubung menerusi telefon dengan wakil masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran yang hadir di kediaman saya petang tadi.  Saya mendengar permasalahan yang dihadapi mereka terkait pertikaian tanah selain penahanan tiga penduduk Orang Asli dari kampung mereka.  Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa mereka yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan oleh pihak Polis.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan isu pertikaian tanah melibatkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran bersama Kerajaan Negeri Pahang memandangkan ia di bawah bidang kuasa negeri. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membincangkan isu pertikaian tanah melibatkan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Cot, Maran bersama Kerajaan Negeri Pahang memandangkan ia di bawah bidang kuasa negeri.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata beliau sempat berhubung menerusi telefon dengan wakil masyarakat Orang Asli yang hadir di kediamannya, petang tadi.

 “Saya mendengar permasalahan dihadapi mereka terkait pertikaian tanah selain penahanan tiga penduduk Orang Asli dari kampung mereka.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa mereka yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan oleh pihak polis,” katanya dalam hantaran itu.

Perdana Menteri turut mengingatkan semua pihak agar tidak memanipulasi isu berkenaan, sebaliknya memberi ruang kepada penyelesaiannya secara adil, berhemah dan mengikut lunas undang-undang.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement