NATIONAL
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan projek pembinaan rumah mampu milik bernilai RM13 bilion bulan depan, yang merupakan pelaburan terbesar dalam sejarah negara untuk projek tersebut. -Gambar hiasan/Bernama
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan satu projek pembinaan rumah mampu milik melibatkan pelaburan bernilai RM13 bilion, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan projek pembinaan rumah mampu milik bernilai RM13 bilion bulan depan, yang merupakan pelaburan terbesar dalam sejarah negara untuk projek tersebut.
- Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyatakan bahawa projek ini menunjukkan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk memastikan semua rakyat, termasuk penjawat awam, mampu memiliki rumah.
- Media melaporkan bahawa 688,663 daripada 1.3 juta penjawat awam yang masih berkhidmat belum memiliki rumah, dengan majoritinya dalam kalangan kumpulan pelaksana.
"Mereka (penjawat awam) juga akan diberikan ruang serta peluang, bagi yang memerlukan rumah mampu milik," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi dan meninjau Projek Menaik Taraf Pasar Siti Khadijah, di sini, hari ini.
Beliau berkata perincian berhubung projek itu akan dimaklumkan oleh Anwar.
Semalam media melaporkan 688,663 daripada 1.3 juta penjawat awam yang masih berkhidmat belum memiliki rumah dengan majoritinya dalam kalangan kumpulan pelaksana.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami